Tuesday, May 7, 2013

PRU 13: Utusan Malaysia cetus api perkauman

Utusan Malaysia, akhbar dikuasai Umno meneruskan kempen bersifat perkauman melalui tajuk Apa Lagi Cina Mahu? yang mencetuskan reaksi marah banyak pihak, kurang seminggu sebelum tarikh 13 Mei yang masih mampu membangkitkan sentimen.

Tajuk muka depan dan pendirian editorial Utusan itu ditulis oleh Zulkiflee Bakar, yang artikelnya dimuatkan di muka surat 6.

Mesej disampaikan Utusan ini bertentangan dengan mesej Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dalam ucapan kemenangannya semalam, yang mengajak kepada perdamaian dan penyatuan.

Najib walau bagaimanapun dalam mengajak perdamaian nasional dilaporkan telah mempertahankan mesej Utusan itu.

Semalam, Utusan turut menyiarkan tulisan bertajuk Bukti Pengundi Cina Tak Tahu Balas Budi? di halaman 2, juga oleh Zulkiflee.

Penulis artikel ini menyifatkan pengundi Cina tidak tahu membalas budi kerana menyokong pakatan pembangkang, yang didakwa hanya mahu "memperalatkan undi mereka."

Tindakan akhbar ini juga membenarkan dakwaan sesetengah pihak bahawa Umno yang bakal mencetuskan sentimen yang boleh menjuruskan kepada ketegangan ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Tindakan Utusan ini telah mengundang respons keras daripada Pakatan Rakyat dan banyak pihak lain yang mesra Umno dan BN.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Najib bertanggungjawab atas tindakan Utusan itu, yang didakwa mengikut mesej yang disampaikan Najib.

Di media sosial, pendirian tidak bersetuju dengan Utusan ini telah ditunjukkan, termasuk oleh bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Asyraf Wajdi Dusuki, ahli Umno dan juga Perkasa, turut melahirkan rasa tidak bersetuju dengan Utusan dalam tulisan di laman Facebook: "Baru lihat paparan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang menulis Apa Lagi Cina Mahu, yang tidak sewajarnya diungkapkan oleh akhbar tersebut. 

"Walaupun jelas pola-pemilihan kali ini menunjukkan pengundi Cina menyokong pembangkang tapi usahlah meniup api kebencian yg hanya memporak-porandakan kesejahteraan negara. Seharusnya dilakukan muhasabah diri kenapa pengundi tidak menyokong daripada menyalahkan orang lain."

Malah, wartawan Utusan turut dilihat menyampaikan mesej yang dipercayai menolak permainan perkauman akhbar itu. Helmi Mohd Foad, ketua biro Selangor akhbar Utusan menulis mesej ringkas di Facebook beliau: "Tolak perkauman dan sektarian."

Utusan Malaysia dijangka berhadapan tentangan dan kecaman hebat ekoran tindakannya ini, yang secara jelas melakukan provokasi bersifat perkauman selepas kecewa dengan sokongan merosot kepada BN.

4 comments:

DEN COMANDO said...

Bro pernah baca surat khabar cina tak...? Kalau you pernah baca , you akan tahu , apa yg ditulis oleh surat khabar cina adalah jauh lebih racist.dan bahaya.. dari apa yg ditulis oleh surat khabar utusan.......

Anonymous said...

Saya setuju utusan 110%..ni nak kna berlapik apehal..cube baca blog2 propembangkang, akhbar cina, cybertroopers upahan dappigs, yg bagai nk giler hentam kita..sebab mereka menang besar adalah krn mereka bersatu - menentang melayu!!!!pemimpin melayu pondan dah xdiperlukan lg sekarang...

kapitan said...

Orang melayu tak racist sbnr nya...klau kita racist dulu lg dah bapak2 kita masa zaman merdeka halau mereka sblum dpt warganegara..tp skrg ni dorang mmg dah lebih...ramai melayu yg sokong PR tak sedar psl ni..dia org rasa dorang liberal dan moden sgt...sokong DAP pun takpe..dia tak sedar 'menang sorak kampung tergadai'...sy setuju surat kabar cina...lagi racist..

Anonymous said...

dato najib ni baik orgnya, tapi idea-idea penasihat beliau yg tak bernas dan tak sampai ke pengundi cina. contoh: BR1M- kebanyakan duit BR1M lebih kepada bumi kerana kebanyakan org bumi yg kurang berada.
begitu juga produk 1M yg lain. saya lebih setuju jika kerajaan BN menurunkan harga minyak kerana segala sumber akan turut terturun harga di pasaran dgn penguatkuasaan yg jitu.jadi semua bangsa, level dan ugama akan menikmati kemudahan tersebut.
begitu juga sumber asas yg lain spty kereta, rumah, gas, elektrik, air dan persekolahan.
LU jgn kacau gua, GUA tidak kacau lu. gua kasi(undi) lu ambik, lu kasi gua ambik.. bahagia aman 1malaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...