Friday, January 6, 2012

Bagaimana keputusan kes Anwar akan gugat Najib

Negara kini sedang menunggu tarikh 9 Januari, 2012, hari yang dijangka mencetus satu lagi berita besar dalam sejarah politik negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan, iaitu seks luar tabie secara sukarela.

Undang-undang ini melibatkan perlakuan homoseksual secara konsensual, sesuatu yang di banyak negara diterima sebagai sebahagian hak asasi manusia.

Kempen media pihak pro-Anwar dan pembangkang telah menimbulkan isu kredibiliti sistem kehakiman dalam usaha membela Anwar di mahkamah pendapat awam.

Gerakan dinamakan 901 dengan tujuan "membebaskan Anwar" juga digerakkan dengan dakwaan ketidakadilan sistem kehakiman negara, dengan sejak awal telah meletakkan Anwar sebagai tidak bersalah dan menjadi mangsa tindakan bermotif politik.

Hakikat bahawa Anwar didakwa menurut seksyen tersebut juga menjadi hujah oleh penyokong Anwar untuk mendakwa kesalahan di pihak mahkamah, dan juga pemerintah.

Tarikh 9 Januari nanti bakal menjadi penentu kepada politik Anwar tetapi mungkin lebih menjadi faktor penting kepada pemerintah di bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Sama ada disabitkan atau tidak - atau sebarang keputusan lain - kempen kepada rakyat yang telah lama digerakkan bakal membawa kesan besar kepada pemerintah.

Anwar yang bebas berkempen sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal diangkat sebagai wira yang terlepas daripada usaha memfitnah dirinya buat kali kedua oleh musuh politik yang jahat.

Anwar yang terpenjara juga akan diangkat, sebagai mangsa satu tindakan bermotif politik oleh kerajaan Najib.

Anwar yang terpenjara bakal menjadi modal kempen parti-parti pembangkang, walaupun sokongan sebenar dan kepercayaan terhadap Anwar telah banyak terhakis.

Pada masa sama, iklim politik yang liberal kebelakangan ini yang melanda seluruh dunia menjadikan keputusan memenjarakan Anwar sebagai sesuatu yang tidak popular di peringkat global, medan yang masih menyebelahi Anwar dan kelompok liberal.

Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan, Najib memerlukan usaha berganda untuk bersaing di mahkamah pendapat awam sehingga tiba Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Disember lalu, pemerintah Amerika Syarikat sendiri menyatakan satu pendirian tegas menyokong hak gay sebagai hak asasi manusia yang turut perlu dihormati dan diperjuangkan.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, implikasi politiknya ialah Malaysia bakal menjadi perhatian sebagai negara yang menghukum pelaku homoseksual, dan dilakukan tidak lama selepas pentadbiran Obama - yang turut ingin dirapati oleh Najib - menyatakan sokongan kepada hak tersebut.

Tidak lama selepas kenyataan sokongan AS itu, badan hak asasi Human Rights Watch pula menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang yang menghukum perlakuan homoseksual secara suka sama suka.

Anwar turut menyatakan pendirian serupa dengan pertubuhan hak asasi itu dalam satu kenyataan kepada sebuah agensi berita Barat, Associated Press baru-baru ini.

Hal ini menjadi satu tekanan antarabangsa yang kuat terhadap pentadbiran Najib. Selain AS, negara-negara Eropah turut dijangka bersuara dalam hal ini.

Perhatian yang boleh menjejaskan imej Najib ini, dan menyukarkan hubungan dengan negara Barat, sesuatu yang menambah masalah menjelang pilihan raya umum.

Selain faktor politik dalam negara, Malaysia turut akan menjadi topik hangat di peringkat global ekoran keputusan kes liwat Anwar nanti.

3 comments:

Unknown said...

ada masanya pemerintah tidak boleh tunduk kepada desakan dunia semata-mata mahupun untuk mendapatkan sokongan dunia,mereka sanggup mengetepikan agama.itu tidak boleh dan tidak wajar.kepentingan agama harus didahulukan meskipun tidak mendapat sokongan dunia khususnya kuasa besar dunia.hanya Allah yang layak kita cari sokongannya.

Anonymous said...

Kita tak perlu takutkan kuasa besar dunia, apa yang kita takutan ialah azab Allah. dato Seri Najib teruskan perjuangan semuga mendapat keredaan dan perlindungan daripada Allah jua .

The Seven Thing said...

pemimpin dunia ke 3 mmg perlu bodek presiden amerika, sekurangnya pro dasar amerika, klu tidak jd la mcm venuzuela, libya,iraq, afganistan dn lain2.aku pun kurang jelas knp perlu sume ni, bah kan anuar ibrahim jg cenderung pd amerika,amerika terkenal dgn propaganda jahat terutama pd negara islam, bru2 ni belum pun cukup 30 hari obama menang tanding presiden israel dah bom gaza, di akhir2 penggal pertama baru ni bukan main lunak lg obama dgn negara islam, bah kan obama terus terang mengatakan negara israel berhak mempertahankan negara dari serangan.....yang hnya pemimpin islam fahaman sekular agak lunak layannnya pd amerika...bru bu ni najib kata amerika mengiktiraf malaysia sbg negara islam contoh, bkn main bangga lg najib, tp tidak kan ah gib gor sedar yg amerika la kepala pemusnah negara islam..perlukah pengiktirafan dari amerika? aku tetap dgn pendirian aku, pemimpin malaysia yg pro amerika tidak akan mendapt tempat di hati aku...dn aku tetap akan gerakkan penentangan terhadap dasar kapir ni....hanya islam yg benar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...