Thursday, December 8, 2011

Kontroversi "hitam metalik" ujian 1 Malaysia DAP

DAP ialah parti pembangkang yang kelihatan paling berminat dengan gagasan 1 Malaysia yang dibawakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Dengan tafsiran 1 Malaysia menurut parti itu, Najib sering diletakkan dalam posisi defensif kerana didakwa membelakangi gagasan diilhamkannya itu.

Terbaru, pemimpin DAP Lim Guan Eng sekali lagi menggunakan 1 Malaysia untuk menyerang Najib, menggesa perdana menteri membuktikan kepatuhan kepada ide itu.

DAP yang mentafsirkan 1 Malaysia menurut pandangannya telah menjadikan 1 Malaysia milik parti itu sendiri, berdasarkan peranannya sebagai "polis 1 Malaysia" yang sangat agresif.

Najib dan Umno sentiasa berada dalam pemerhatian DAP, mengkritik segala gerak yang dilihat menunjukkan rasisme orang Melayu.

Episod terbaharu berkaitan isu 1 Malaysia muncul ekoran kenyataan rasis Nga Kor Ming, seorang wakil rakyat DAP yang ditujukan kepada orang berkulit gelap ketika mengecam menteri besar Perak dalam satu ceramah.

Sejak Mac 2008, apa yang tersimpan dalam hati pemimpin-pemimpin parti itu telah diperlihatkan kepada umum, walaupun sebahagiannya terlepas atau dimaafkan.

Jeff Ooi pernah menyifatkan Jamaah Islam Malaysia sebagai sebuah kumpulan pelampau Islam dan ahlinya tidak sepatutnya berada dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Manoharan Malayalam dalam satu kenyataan biadap mengatakan bendera negara akan ditukar sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.

Setiausaha Agung Lim Guan Eng membuat kenyataan fitnah ke atas negeri Johor (yang dipimpin Umno dan Barisan Nasional), membandingkan negeri itu dengan Pulau Pinang ditadbir DAP.

Walau bagaimanapun, hanya Mahoharan yang dikecam secara terbuka (sesuatu yang jarang dilakukan oleh DAP) dan dikenakan tindakan.

Selain sikap rasis, perkembangan ini juga tidak dapat dielakkan daripada dibaca sebagai dominasi kaum Cina dan elit daripada kalangan yang sama sejak puluhan tahun lalu dalam DAP.

Isu terbaharu melibatkan Ramasamy Palanisamy, pemimpin yang juga timbalan ketua menteri 2 Pulau Pinang memberi gambaran kedudukan kaum India dalam DAP.

Tindakan selektif oleh DAP mendedahkan siapa yang menguasai parti itu, pihak mana yang kebal dan pihak mana yang boleh dikorbankan.

3 comments:

Anonymous said...

kepada pemimpin2 DAP..... berhati-hatilah dalam kata-kata bila bercakap.... jangan ikut sedap mulut, akibatnya anda yang akan rugi nanti dalam pilihanraya dibawah naungan Pakatan Rakyat....

Anonymous said...

Ye lah terutama dalam zaman kuat fitnah ni tapi sebagai manusia memang kita buat silap tetapi PR "fighting", lawan tetap lawan dan banyak bersabar & berhemah dlm berkata-kata

Tapi hitam bukan semua nya hodoh, keta ku hitam metallic tapi comment utk MB Perak tu rasa nya "fair comment" krn dia sememang nya hitam tapi metallic...terlalu teknikal ...

Anonymous said...

Piraaah. Penyokong PR terutama PAS lidah bercabang muka talam dua. Cakap tak serupa bikin ma. Mana ada dalil boleh hina peribadi atau kejadian asal manusia. Allah Maha Mencipta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...