Monday, January 17, 2011

'PAS zaman dulu'

Oleh JOHARI M

Pencalonan Normala Sudirman sebagai calon PAS merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang di Labis, Segamat, Johor mengingatkan kembali kepada suasana PAS satu ketika dulu, sebelum memperoleh kemenangan besar di Kelantan pada 1990 dan sebelum memenangi beberapa negeri dan menjadi "kerajaan menanti."

Normala telah meletakkan jawatan sebagai guru sekolah untuk menjadi calon PAS, membuat satu pengorbanan besar yang semakin asing dalam PAS pada era kemenangan dan menuju Putrajaya hari ini.

Nasib Normala, sama ada menang atau kalah, terutama kalah, akan menjadi sukar sekiranya tidak ada persediaan dan tidak memperolehi sumber pendapatan yang secukupnya nanti.

Inilah yang mengimbau kembali satu suasana PAS dahulu, ketika pengorbanan menjadi sesuatu yang norma, dan cerita ditukar dan diganggu pihak berkuasa menjadi cerita yang biasa.

Bertanding dalam pilihan raya dan berjuang dalam PAS dilakukan bukan semata-mata untuk kemenangan - yang jelas sekali amat jauh ketika itu - tetapi sebagai satu cara berdakwah dan menunjukkan penentangan kepada Umno.

Di Tenang, sudah timbul cerita-cerita bahawa tidak ada calon heavy weight berminat kerana peluang menang tipis, malah ada yang mendakwa ramai yang tidak memandang kempen di sini kerana Johor bukan negeri sasaran PAS lalu dilihat tidak berapa penting.

Pertandingan di Tenang ini elok sekali direnung dan diambil iktibar oleh semua ahli PAS, untuk melihat keadaan satu ketika dulu, di mana PAS berdepan lawan yang sangat kuat dan parti tidak mempunyai banyak sumber untuk dimanfaatkan.

Di Johor, dan mungkin juga beberapa negeri kuat Umno lain, suasana masih jauh berbeza, sehingga ada ahli dan pemmimpin PAS yang melihat suasana PAS di negeri ini teringat kepada PAS pada zaman lalu.

Penulis ialah pembaca blog SiasahDaily.

5 comments:

Unknown said...

memang benar, perjuangan memerlukan pergorbanan. Hanya mereka yang faham dan beristiqamah sahaja yg mampu memahami dan mengerti pahit getirnya seorang pejuang agama.

Hamdan Rukun said...

MEMANGLAH. YANG KENA BERKORBAN ANAK BUAH. PIMPINAN TIGA EMPAT BIJIK KERETA MEWAH. ISTERI DUA TIGA ORANG.

RUMAH DI KAMPUNG ADA, DI KUALA LUMPUR PUN ADA.

AKU DAH BANYAK TENGOK CALON PAS YANG KALAH AKHIRNYA HIDUP MEREMPAT. MALANGNYA MEREKA PERCAYA MEREKA ADALAH PEJUANG. SEBENARNYA MEREKA ADALAH MANUSIA MALANG

anakkancil said...

betoi kata luncai....mereka ni yakni calon Pas yg kecundang akan hidup malang dan merempat.Bagimereka biar hidup sebegitu di atas dunia yg fana ni asalkan perjuangan mereka menjadi ibadah dan boleh di tebus di negeri yg kekal iaitu akhirat.berbanding dgn umno yg kaya melyana...asal usul harta yg di himpon tak tau dari arah mana dtgnya ASALKAN DUIT, haram ke makruh ke bedal jeee....hidup bergelumang dgn maksiat dan hasad...terlupa diri suatu hari akan mengadap illahi...soal berbini 2 or 3....menghidupkan sunnnah ganjarannya besar...fiki8r fikirkan....

Hamdan Rukun said...

Anakkancil,

ko usah terperangkap dalam retorik pimpinan PAS. Kalau benar kehidupan sukar ini adalah jaminan hidup senang di akhirat ko tunjukkan aku mana mana pimpinan PAS yang hidup sederhana.

Anakkancil..sederhanapun tidak pimpinan PAS apalagi yang susah.

Anonymous said...

luncai..susah senang e2 kerja tuhan..dia yg mnurunkan rezki..org len skurang2 nya berjuang,ko tau komen je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...