Selepas menjadi perhatian ekoran ucapannya tentang negara Islam dalam konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, orang kuat DAP Karpal Singh kini menjadi tumpuan berhubung dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen bebas Kulim-Bandar Bharu dalam tulisan panjangnya di blog mempersoalkan sikap Karpal berhubung kes Anwar, kerana peguam pemimpin DAP itu pernah mendakwa mempunyai bukti Anwar meliwat.
Tulisan Zulkifli ini merupakan serangan paling keras terhadap Karpal oleh penentang Anwar, yang mula menimbulkan isu pendirian Karpal dan tindakannya mewakili Anwar dalam pembelaan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Tekanan terhadap Karpal ini menjadi satu agenda utama beberapa ahli konsensus bebas pada masa ini, menimbulkan persoalan tentang hubungan mereka dengan Umno dan Barisan Nasional.
Tindakan Zulkifli, Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Mohd Hashim, dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong ketika pilihan raya umum dijangka pada tahun ini menunjukkan tindakan ahli bebas yang selari dengan agenda Umno.
Walau bagaimanapun, kenyataan-kenyataan Zulkifli dan Wee itu turut mendedahkan sikap Karpal yang tidak konsisten, atau oportunis mengendalikan agenda politiknya.
Beliau pernah mendakwa Anwar meliwat dan pernah menuntut pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu bertaubat selepas kegagalan rancangan 16 September, 2008.
3 comments:
Usaha yg dirintis oleh zulkifli nordin sebenarnya untuk menonjolkan diri setelah zulkifli ditolak oleh pengundi kulim, beliu adalah pemimpin pengecut yang berjuang untuk diri sendiri. pengundi di kulim ditinggalkan...
penulisan zulkifli nordin memang ada benarnya
Memang kita perlu orang yang macam Zulkifli nordin.. terimalah hakikat walaupun pedih..memang ada asasnya..
Post a Comment