DEWAN Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melahirkan kebimbangan dengan jumlah 257,000 sijil kelahiran dari 2000 hingga Julai 2008 yang tidak mencatatkan nama bapa.
Merujuk kepada titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang menyebut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari, baginda turut menyebut, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada 2007 kepada 16,541 dalam 2008 dan 17,303 pada 2009.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Fadhil Osman, DPPWP bimbang dan kecewa di atas peningkatan jumlah dan berpandangan, kes kelahiran anak luar nikah ini berpunca dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang keterlaluan.
Budaya hedonisme dan candu hiburan, berpeleseran, bersekududukan, mengunjungi pusat-pusat hiburan adalah faktor penyumbang kepada terjebaknya remaja kepada aktiviti perzinaan.
DPPWP mempersoalkan mengapa dalam keadaan kes kelahiran dan pembuangan bayi semakin meningkat ini, kerajaan membenarkan pusat hiburan beroperasi tanpa kawalan dengan pelbagai aktiviti maksiat berlaku seperti percampuran bebas lelaki dan perempuan, arak, dadah, dan pelacuran.
Selain itu, penganjuran konsert hiburan yang terlalu banyak turut menyumbang kepada gejala kelahiran anak luar nikah. persoalannya mengapa kerajaan sanggup membenarkan penganjuran konsert berlangsung tanpa kawalan yang ketat.
Apakah kerajaan mampu menjamin keselamatan anak-anak gadis dari dinodai dan digoda oleh remaja-remaja lelaki sebaya dengannya. Apakah kerajaan mampu memantau setiap pergerakan remaja dan kemana mereka pergi setelah tamat menonton konsert.
Tambahan pula, dengan ledakan maklumat melalui internet dan telefon bimbit yang tiada had meloloskan segala kemungkaran dengan mudah untuk diakses.
DPPWP bimbang kemungkaran dan maksiat sangat mudah diperolehi melalui internet dan telefon bimbit sehingga ke setiap rumah di Malaysia.
Penekanan terhadap tarbiyah dan pendidikan agama yang longgar menyemarakkan lagi faktor kelahiran anak luar nikah. Sistem pendidikan negara hari ini gagal membentuk peribadi dan syakhsiyah remaja untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah dan bagaimana masyarakat boleh mengharapkan generasi akan datang menjadi insan yang baik dan bebas dari maksiat sedangkan generasi yang lahir pada hari ini ramai lagi yang jahil dan buta agama?
DPPWP berharap semua pihak memainkan peranan dalam memastikan angka kelahiran anak luar nikah dapat dibendung. Kerajaan perlu membendung gejala maksiat hingga ke akar umbi dengan tidak membenarkan lagi pusat hiburan beroperasi dalam negara walau apa alasan sekalipun dan konsert hiburan yang lagha dan melalaikan tidak wajar diadakan sama sekali walau di mana pun.
Kerajaan juga perlu melakukan sesuatu dalam menyekat penyebaran maksiat melalui internet dan telefon bimbit. Penekan tarbiyah dan pendidikan agama sangat penting bagi memastikan pelajar tahu hukum halal dan haram serta segala aspek yang berkaitan dengan ruhiyyah.
Ibu bapa pula perlu berperanan dalam memastikan pendidikan dan pergaulan anak-anak terjaga dan tidak membiarkan anak mereka bergaul bebas tanpa kawalan serta memastikan anak mereka menurup aurat.
DPPWP juga beerharap masyarakat turut bersama memainkan peranan dalam memastikan gejala zina dapat dihentikan.
Institusi masjid, pusat komuniti, kempen kesedaran, kumpulan pencegah maksiat, kem-kem motivasi adalah usaha yang baik bagi membantu membendung budaya zina dan kelahiran anak luar nikah dari berleluasa.
4 comments:
Nenek berpendapat jika tertangkap manusia yang lahirkan anak di luar nikah di hukum sebat. Mungkin ini akan mengurangkan perbuatan yang terkutuk ini berlaku dengan sesuka hati.
Utamakan Pendidikan.
Pendidikan Terbaik adalah Kepemimpinan Melalui Teladan.
Kerajaan Najib Perlu Serius!
Saya mencadangkan supaya PAS menggerakkan semua ahli supaya memastikan anak2 mereka tidak terjebak dalam gejala sosial yang sudah melampaui hari ini. Jika kita buat tinjauan secararambang kita dapati Ibu bapa tekun mendengar kuliah di masjid tetapi anak masih berkeliaran di jalanraya sehingga larut malam. Jadi PAS dicadangkan menganjur program untuk keluarga adalah sangat perlu
Teman setuju dengan pendapat GURUTUA, PAS sangat kurang anjur program untuk muda mudi.
Kawasan teman Kg Sg Tungku, T Intan, Perak memang kubu kuat PAS. Tapi malang nya sangat kurang anak2 muda berjemaah di masjid.
Berkeliaran tanpa tujuan, terutama nya waktu magrib.
Post a Comment