Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Kelantan dianugerahkan dengan pelbagai sumber termasuklah perlombongan emas yang diusahakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan dan Syarikat dari China CNMC Goldmine Limited.
Turut hadir dimajlis perasmian jokong emas pertama tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan,Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Anuar Tan Abdullah, Adun Gual Ipoh Wan Yusuf Wan Mustapha dan Pengerusi Eksekutif PKINK Sabri Abdullah.
Nik Abdul Aziz juga berkata biarpun Kelantan dinafikan hak untk mendapatkan hak sebanyak 5 peratus dari hasil royalti minyak yang dkeluarkan dari perairan milik negeri ini, namun ia tidak mematahkan usaha untuk menuntut hak tersebut termasuklah melalui tindakan Mahkamah.
” Kini Alhamdulillah, Kelantan telah dianugerahkan sumber galian dari perut bumi dan dengan sedikit hasil ini ia boleh digunakan untuk menafaat rakyat negeri, semoga Allah meningkatkan lagi hasil kerajaan negeri Kelantan”ujar beliau.
Buat Kali pertama jokong emas di Kelantan dapat dihasilkan dengan berat 2.975 kg yang dianggarkan bernilai RM400 ribu dihasilkan di dalam tanah seluas 975 hektar bermula enam tahun lalu.
Sementara itu Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine Limited Lin Xian Xiong berkata jokong emas tersebut diproses terus di kilang yang dibina di kawasan tersebut.
Pihaknya telah memulakan usaha hampir enam tahun dan Kelantan telah dapat mengeluarkan emas sejak berpuluh tahun lalu tetapi ini kali pertama ia diproses dalam bentuk jokong dan memudahkan pemasarannya.“Kawasan ini telah dipajak dari kerajaan Kelantan dan kita perlu membayar sejumlah 5 peratus royalti kepada kerajaan negeri dan 3 peratus kepada PKINK”ujar beliau.
Syarikat pengeluar emas ini juga mengganggarkan hasil tahunan dapat dicapai 300 hingga 500 kilogram dalam masa setahun.
Bagi Pengerusi Eksekutif PKINK, Sabri Abdullah ketika ditemui berkata PKNIK telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menguruskan kawasan tersebut dan PKINK hanya terlibat dalam memantau penggunaan kawasan yang diperuntukkan tersebut dan dari segi sumber kewangan ia tidak terlibat” kata beliau.
” Dalam memastikan syarikat ini mengikut kehendak kerajaanm, PKINK telah menempatkan beberapa pegawai agar dapar memantau operasi perlombongan disampin ia juga dikawal selia oleh Jabatan Alam Sekitar agar hutan di sekeliling kawasan perlombongan tidak dicerobohi dan dicemari”kata beliau.
10 comments:
Tahniah dan Syabas Kerajaan Negeri Kelantan.
Ezam, Ezam masa hang berucap di pentas PAS hang "bersumpah" tak kan masok UMNO. Last last hang masok UMNO juga.
Satu Malaysia tau yang hang bersumpah tak kan masuk UMNO. PAS tv yang menjadi saksi.
Aku bukan marah hang nak masok UMNO ke, PAS ke, Keadilan ke atau MIC.
Tapi hang punya "cakap tak serupa bikin" Ezam oo....
Pemimpin UMNO lain yang bercakap aku tak menyampah tapi bila hang naik pentas dan berucap je aku naik menyampah tak tau pasai apa.
Ahli UMNO.....
habis botak HUTAN AKU, GONDOI BUKIT BUKAU AKU ,ABIS SUMBER AIR AKU KENA RACUN MERKURI EMAS KAU.... MEMANG PUN SAJA NAK JAHANEKAE NEGERI AKU LEPAS NI BANJIR BESAR AKAN BERLAKU HUJUNG TAHUN INSYALLAH .TERIMALAH BALASAN DARI ALLAH SWT AKIBAT TANGAN-TANGAN MANUSIA YANG JUGA WAKIL RAKYAT KAMI.
Alhamdulillah. semoga Allah murahkan rezeki tok guru nik aziz dan seluruh rakyat Islam di Kelantan.
Alhamdulillah...
Sekian lama siasah menyepi..kini kembali..!!
alhamdulillah...rezeki nk dapat, x kira kt mana, apa cara skali pun, janji byk bdoa, usaha dan tawakal...insyalah. mungkin kt minyak...ham pa x de rezeki...truskan berbakti kpd rakyat...rakyat dah buka mata dahhh.
berkat kesabaran orang2 yang dizalimi..insyallah tuhan akan beri melimpah ruah lagi kekayaan hasil bumi..tuhan nak tengok setakat mana kesabaran manusia dikelantan apabila dizalimi..pada pihak yang menzalimi sudah tentulah hatinya tidak tenteram dan insyallah allah akan matikan dia dalam keadaan hati yang tidak puashati pada segala benda ..nauzubillah.
Taniah.. Siasah telah kembali..
terukanlah.. perjuangan.. menentang tipu daya media2 umno amnya..
rezeki kepala hotak hang...cina dapat 92%..pkink 3% Kerajaan negeri hanya 5%....menghabiskan khazanah rakyat...kalu bijak tubuh lah syarikat macam petronas tu...korek sendiri baru untung 100% kerajaan negeri punya...bodo.Balak pun sudah habis kasi cina...tanah pun hampir habis kasi cina...melayu kelantan bodo ka...
bodo la hang ni raz, abes petronas tu dpat 100% apsal minyak harge nek gak? pastu mne wang royalti nye? sembang dah kaye sngat dpat untung 100%? x reti byar dah ? tkut duit habis a ?
Post a Comment