Wednesday, June 30, 2010

Ulama muda nafi tidak dijemput



Oleh Ismail Hashim

SHAH ALAM: Empat sahabat berpendidikan tinggi agama nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini, 27 Jun lalu.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Saudara Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan Legend Hotel sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing, turun tangga tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, lalu diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap.

Hosni merupakan seorang Al-Hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian MAnya di sebuah universiti tempatan.

Anak ke tiga daripada empat beradik ini kesal dengan kejadian yang berlaku kerana masyarakat memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Mengulas kejadian itu, Ustaz Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa dan berkata PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Sementara itu, susulan respon Umno menafikan empat mereka tidak dijemput hadiri majlis 40 ulama muda menyertai parti itu sebaliknya hanya dijemput oleh orang kuat Umno disifatkan sebagai amat melucukan.

Menurut Hosni, satu malam sebelum itu, seorang orang kuat Umno telah memujuk beliau untuk menyertai Umno dan mengajak hadiri majlis tersebut dan kebetulan merupakan bapa kepada kawan rapatnya, beliau tidak dapat menolak jemputan itu.

“Logiknya bagaimana kami boleh hadir jika tidak mendapat sebarang jemputan malah cara masuk juga ditipu, dari bangunan sebelah Mall, naik escalator, turun tangga, tiba-tiba muncul di Bangunan Umno.

“Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis itu kerana dijemput majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang sertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang ‘ori’.

Katanya, seorang lagi di Perlis, Ustaz Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan.

“Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara,” ujarnya.

Menjawab hasrat mereka untuk membuat laporan polis terhadap penafian beliau yang disiarkan oleh portal Harakahdaily, dua hari lalu, Hosni bersetuju, artikel tersebut langsung tidak menyebut nama orang berkenaan.

5 comments:

UNCLE SEM said...

mu ni ulama apa... tak dek pendirian.. kan ada peluang meninggalkan majlis.. tapi saja nak cari perangkap untuk merangkap UMNO, tuihhhhhhhh

joecharlie said...

Ni ularsemak muda PAs cari peluang nak dicalonkn publisit murahan bila lagi?siap pasang Niat jahat bila ada peluang.Calonkanlah aku ya!Niajis.

anafakir said...

Dah heboh satu dunia pasal 100 muda akan sertai UMNO lebih seminggu awal.Tak kan depa tu semua tak perasan.Tup2 bagitau mereka tertipu.Kalau saya di tempat mereka,patutnya dpt baca la sbb isu tu dihebahkan oleh seluruh media arus perdana.Kenapa nak cakap mereka kena tipu..?patutnya dah baca berita kat paper dan tv..awa2 la angkat kaki.Pembelit semua tu..

puteri said...

umno ketandusan idea untk mencari berita mmpromosi parti.

idea b*d*h pun digunapakai

komfem. nyata.
terang lagi bersuluh.

sekian.

p/s:
pssst..
yang bersuara ini bukanlah b*d*h utk dgunkn umno. mmg diorg ble blah dr tmpt tu, tp dah bila smpai aje gmbr dh d ambil.

sape nk prgkap sape???

bunga melati said...

salam....

pelik2...umno makinparah...kuat menipu... aloo... korang kat luar sane tu tak bukak mata ke???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...