Rumah ini milik seorang penyokong Umno bernama Mohd Anwar Isa di kampung Sri Ketangga dalam parlimen Baling. Rumah berdindingkan buloh dan tiang menggunakan batang-batang kayu seperti ini bukanlah suatu pemandangan yang luar biasa di daerah ini.Ironis!
Ketika berkempen pada pilihan raya 2004, BN merayu penduduk Baling mengundinya demi perubahan. Antara kempen yang digunakan dalam pilihan raya ketika itu, PAS yang mewakili rakyat Baling setelah menang pada tahun 1999 tidak membawa apa-apa pembangunan dan tidak mampu mengubah nasib rakyat. Akhirnya rakyat Baling mengambil keputusan memilih Dr Mashitah ketika itu. Kini, setelah sepenggal berlalu, apa perubahan yang dibawa?
Laporan Fokus kemiskinan di Baling dan menifesto PAS dalam akhbar Siasah Khamis ini.





