Khairul Fahmi telah membuat kenyataan menafikan yang beliau menghina Nabi Muhammad, tetapi mendakwa menghina Umno dan Barisan Nasional, dan tidak meminta maaf kerana mencetuskan kontroversi ini.
Hakikatnya Khairul Fahmi telah mencetuskan satu fitnah melalui kenyataan itu, kerana menyebut "video seks baginda" - beliau menulis "video seks Baginda" dalam kenyataan di Twitter, tanpa tanda kurungan dan penerangan lain - dan dengan pasti mendakwa Umno semestinya akan memusuhi baginda sehingga sanggup menyebarkan "video seks baginda."
Kenyataan Khairul Fahmi yang disiarkan Harakahdaily bertarikh 1 April, 2013 menunjukkan yang beliau tidak mengambil sebarang tanggungjawab atas kekecohan yang dicetuskan oleh kenyataan di Twitter itu, yang jelas sekali boleh memberi gambaran yang buruk.
Kenyataan beliau juga membuat andaian bahawa Umno akan memusuhi baginda sepenuhnya sekiranya baginda masih hidup pada masa ini.
Khairul Fahmi telah menunjukkan keterlanjuran melalui kenyataannya itu, yang dipercayai ditulis tanpa memikirkan dengan mendalam implikasi maksudnya dan turut mendedahkan satu sikap tidak mengambil berat terhadap akhlak yang baik dalam berpolitik.
Kenyataan beliau itu tidak dapat dipertahankan sama sekali, dan wajar sekali beliau meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu tanpa berdolak-dalik.
3 comments:
Ada juga yang tak faham bahasa Malaysia ye....
Kalau dia kata "jaga2...dalam kumpulan kita ada Musang berbulu ayam". Apakah manusia itu berbulu ayang????
Lain kali dgn penjelasan dopdnya dulu. jangan main cedok tak tentu pasal.
yang ada tu menghina nabi/islam lagi melebeh.tetapi mengapa membisu.
umno buat mauludul rasul... nik ajis pas lak kata tak yah..dia sambut hari jadi umah kapal bukan bidaab plak
xda org nak buat video seks nabi dee
dia tu kot berangan2 dlm kepala..
tu satu..pertuduhan pd umno pulak amat berat...
kalu ada video benar2 anwar apa salahnya..xkan org pas nak org begini..kalu kurang percaya solat istikhorah..mcm prof dr sidek baba buattt..
kalu nak advance sket bawa quran isi dlm poket...mintak clarify one by one dgn org yg paling bersih dlm dunia tu.. tgk gerak geri dia...nilai sendiri...balik solat taubat...then istikhorah..last2 doa...yaAllah perlencungkan lah aku jk selepas ini akn memilih yg salah...Kau yg Maha Mengetahuii
...
Post a Comment