Thursday, July 19, 2012

Krisis air boleh tumbangkan kerajaan PR Selangor

Gambaran yang diberikan oleh media propemerintah kebelakangan ini memberi tanda-tanda potensi berlaku krisis air di Lembah Kelang.

Pertengkaran terbuka melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Syabas, dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat liputan media setiap hari.

Isu ini kelihatan telah mencetuskan kekeliruan disebabkan sisi politiknya yang jelas dan penglibatan banyak pihak yang berkepentingan. 

Satu gambaran yang paling jelas diberikan oleh Syabas yang dilihat masih dikuasai Barisan Nasional ialah kemungkinan berlaku kekurangan air di Selangor dan juga Lembah Kelang yang mendapat bekalan air daripada Syabas, didakwa akibat sikap tidak bekerjasama menteri besar.

Sekiranya krisis ini berlaku, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor boleh dijangka akan menanggung kos politik yang besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, yang negeri Selangor menjadi medan persaingan utama antara BN dengan PR.

Walaupun penyokong PR mungkin boleh melihat kemungkinan permainan politik pihak Umno dan sekutu, satu jumlah besar rakyat dan pengundi mungkin tidak akan melihat dari sudut yang sama, dan mempersalahkan kerajaan pimpinan Abdul Khalid.

Pemerintah negeri Selangor dipersalahkan - sama ada betul atau tidak kerajaan PR boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya - boleh dijangka berlaku ekoran permainan media pemerintah dan kaitan lebih mudah kerajaan negeri dengan krisis di negeri terbabit.

Sekiranya krisis berlaku tidak lama atau sekitar masa pilihan raya, kempen negatif terhadap kerajaan negeri akan dapat dijalankan dengan lebih mudah, dengan manfaat segera, termasuk dalam bentuk undi kepada Umno dan BN, lawan kepada PR.

Satu kes yang hampir sama dari segi kesan politiknya pernah berlaku di California, Amerika Syarikat pada awal dekad lalu, bermula tahun 2000, apabila krisis elektrik di negeri berpenduduk terbesar di negara itu tercetus.

Walaupun perinciannya jauh lebih kompleks, kerajaan negeri Demokrat pimpinan Gabenor Gray Davis akhirnya menanggung kos politik kesan langsung daripada krisis itu, yang akhirnya menjatuhkan beliau dan menaikkan gabenor baharu yang popular, Arnold Schwarzenegger.

Syarikat yang bertanggungjawab dalam kes tenaga elektrik di California, Enron, lebih mudah dikaitkan dengan kerajaan persekutuan Republikan di bawah Presiden George W Bush disebabkan individu-individu yang mempunyai hubungan rapat dengan syarikat itu.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri lebih mudah dipersalahkan dan pengundi yang dilakukan selepas itu membuktikan kesan politik utama akhirnya ditanggung oleh pihak Parti Demokratik.

Berdasarkan kempen negatif terhadap kerajaan PR Selangor sejak merampas negeri ini pada Mac 2008, sentimen negatif terhadap kerajaan PR sehingga menjejaskan undi mempunyai potensi untuk berlaku, tambahan pula isu-isu lain yang digunakan untuk menarik pengundi pertengahan terus dijalankan oleh pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

3 comments:

perompak harta rakyat said...

Apa fungsi sebenar SYABAS?

Asalnya penswastaan air Selangor telah diberikan oleh mantan Menteri Besar Tan Sri Mat Taib kepada mantan Bendahari UMNO Hulu Selangor, Tan Sri Rozali Ismail.

Di kala itu, Rozali Ismail bukanlah seorang korporat macam sekarang. Dia tiada modal, tiada wang dan kepakaran dalam bidang pemberian air bersih kepada rakyat Selangor.

Pendedahan Menteri Besar Selangor menjelaskan segalanya. SYABAS cuma sebuah syarikat yang memakan untung atas angin semata-mata.

Segala infrastruktur air seperti paip, loji pembersihan, empangan dan sebagainya adalah milik Kerajaan Negeri. SYABAS menggunakan infrastruktur ini secara percuma tanpa bayaran walau satu sen pun.

Oleh kerana Tan Sri Rozali tiada wang, maka segala operasi SYABAS dibiayai oleh hutang. Dia berhutang dengan kerajaan Pusat untuk menjalankan kerja-kerja SYABAS.

Apabila tiba waktu untuk membayar hutang, SYABAS akan menaikkan harga air supaya rakyat Selangor yang membayar hutang Tan Sri Rozali Ismail.

Pada waktu yang sama, Tan Sri Rozali hidup senang lenang dengan gaji RM5.2 juta setahun. Itu tidak termasuk perbelanjaan2 lain yang masih misteri yang tidak kita ketahui.

Secara ringkasnya, inilah kaedah UMNO membuat wang. Mereka gunakan hak rakyat sepuas-puasnya tanpa membayar apa-apa kepada rakyat. Apabila bisness mereka rugi, mereka suruh rakyat bayarkan hutang mereka.

Seperti kesah Dr Mahathir guna duit PETRONAS RM1.6 billion untuk selamatkan anaknya yang hanpir bangkrupsi dulu. SYABAS pun sama juga. Bila dia hampir rugi, dia akan naikkan tarif air. Rakyat Selangor akan bayar segala kerugian Tan Sri Rozali Ismail kalau dia rugi.

Hebat hebat.

Inilah yang dikatakan "Ketuanan Melayu" agaknya.

Syukurlah Selangor diperintah Pakatan Rakyat. Segala usaha Tan Sri Rozali untuk menaikkan tarif air telah ditolak mentah-mentah.

Hamdan Rukun said...

BUATLAH TOHMAHAN TERHADAP TAN SERI ROZALI ATAU SIAPA JUGA USAHAWAN MELAYU DI SELANGOR. HAKIKATNYA RAKYAT DAH MUAK DENGAN PKR DAN KECEWA KERANA SAMPAI SEKARANG SENTIASA MEMPERBAHARUI JANJI TAPI TAK PERNAH MENUNAIKANNYA...

Anonymous said...

Betui..tu,,
Ini di kata PENCURI SAH..,
sepatutnya mesti mendapt kebenaran drp RAKYAT,,bukanya MENTERI atau PM,,
mereka ini hanya WAKIL kpd RAKYAT..
kat Dewan Parlimen.. bertekak aje tahu,,KERJA tak buat,, GAJI BUTA,, sepanjang tahun BERPOLITIK aje,,ESOK aku tukar KERJAAAN BARU,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...