Tuesday, November 13, 2007

Al Jazeera umpama kacang lupakan kulit - Zam

KUALU LUMPUR, 13 Nov: Stesen televisyen setelit Al Jazeera disifatkan umpama 'kacang lupakan kulit' dan tidak berterima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah memberikan tempat kepadanya untuk beroperasi apabila menyiarkan perhimpunan aman 100,000 rakyat baru-baru ini.

Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin (Zam) berkata, Al Jazeera telah membuat laporan berat sebelah mengenai perhimpunan itu dengan menggambarkan polis bertindak kasar terhadap mereka yang berhimpun secara aman.

Zam berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di Angkasapuri semalam.

Ketika perhimpunan itu berlangsung, Al Jazeera telah menyiarkan perhimpunan itu dalam siarannya secara langsung sambil mewawancara Menteri Penerangan itu sendiri.

Laporan Al Jazeera itu kemudiannya telah disiarkan sebagai berita utama oleh RTM dalam Berita Jam 8 malamnya pada hari itu juga.

Ia amat mengejutkan kerana, TV3 sendiri tidak menjadikan berita itu berita utama.

"Jika laporan Al Jazeera itu negetif kenapa RTM yang dikuasai oleh Zam sendiri menyiarkan berita Al Jazeera itu sebagai berita utama. TV3 pun tak siar lagi laporan perhimpunan itu, RTM dah jadi berita utama. Adakah kerana ia menyiarkan temubual secara langsung dengan Zam maka RTM menyiarkan laporan itu?" tanya seorang pengamal media yang terkejut dengan kenyataan Zam itu.

Oleh itu, katanya, "Saya berpendapat RTM sebenarnya yang tersilap menyiarkan laporan Al Jazeera itu. Baik-baik ia hanya boleh ditonton pelanggan Astro sahaja dan bukan di waktu puncak, RTM memberikan peluang seluruh rakyat melihat perhimpunan itu dengan jelas."

Dalam sidang medianya juga Zam menyelar Al Jazeera kerana Al Jazeera telah mengikut cara CNN yang dimiliki Amerika padahal Al Jazeera sepatutnya menurut cara BBC yang dimiliki British.

"Mereka sepatutnya mendapat pandangan yang tepat tentang Malaysia bagi mengelakkan mereka mempunyai persepsi yang salah," kata Zam dalam sidang akhbar di pejabatnya di Angkasapuri semalam, lapor Bernama.

Padahal, Zam sendiri yang memberikan pandangan dan diberikan peluang untuk menerangkan sikap Malaysia dalam laporan itu Al Jazeera itu.

Zam juga kesal kerana penulis blog, Jeff Ooi dipilih oleh Al Jazeera menjadi pengulas perhimpunan aman itu.

2 comments:

Zuones said...

Wahai Zam sedarlah sikit... bila terkena batang hidung mula gelabah.. Sebelum mengata... bagaimana dengan RTM... laporannya mengikut citarasa mu wahai Zam

MiSs^MystErY'sS said...

sakit nya hati!!! ni mesti keja zam nie!!!! hari ni (16/11/07)(1.00pm waktu malaysia)saya cuba untuk membuka saluran al jazeera di astro ( channel 513) .
apa yang saya lihat.. 'the channel is not include in your subscribe. pls contact astro. bla bla bla....'
smalam buleh tgk al jazeera... ari ni dah tak buleh.
smalam saya terlepas tgk siaran KJ n Nazri aziz ni.. ingat nak tgk hari ni lah!!


to zam!!

KAU NI PENGECUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...