Friday, March 9, 2012

Kebangkitan Syria dan pengajaran kepada umat Muslim Malaysia

Syria kini sedang menyaksikan persaingan kuasa serantau dan antara proksi kuasa-kuasa serantau di dunia Arab.

Walaupun isu tuntutan rakyat dan demokrasi tidak dapat dinafikan sebagai satu isu penting, kepentingan rakyat Syria kini dikaburi dengan kuat oleh permainan antara kuasa-kuasa berkepentingan.

Isu utama yang dapat diperhatikan dalam persaingan kuasa ialah usaha meleraikan paksi Iran, Syria dan gerakan Islam di Palestin dan Lubnan.

Beberapa kuasa utama rantau Asia Barat berkepentingan dalam menjejaskan rejim Bashar al-Assad, terutama Arab Saudi, Qatar, dan Israel.

Saudi ialah pesaing utama Syria di Lubnan. Saudi dan sekutu Baratnya menyokong penguasaan Rafik dan Saad al-Hariri dan aliansi 14 Mac, manakala Syria menyokong Hizbullah, Amal dan gerakan anti-14 Mac.

Saudi juga ialah musuh tradisi Iran, dan berusaha memastikan kedudukannya sebagai sebuah negara yang menguasai rantau Arab dipelihara.

Qatar bersatu dengan Saudi dalam hal ini, dalam kerjasama yang dapat diperhatikan bermula sejak kebangkitan rakyat di dunia Arab tercetus dan sampai ke negara-negara Majlis Kerjasama Teluk, GCC, terutama Bahrain.

Qatar juga berkepentingan untuk melonjakkan dirinya dalam politik serantau dan meningkatkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat.

Kedua-dua negara juga bersatu dari segi aliran agama dalam menangani aliansi Syria-Iran.

Isu aliran Islam Syiah dan Alawi menjadi salah satu isu yang dijadikan tumpuan dalam propaganda anti-Syria, malah dicetuskan dalam banyak isu lain termasuk kebangkitan di Bahrain dan timur Saudi.

Banyak isu seperti kebangkitan di Bahrain dipermudahkan sebagai “ancaman asing” yang bermaksud Iran dan Syiah.

Satu peristiwa yang memberi gambaran aliansi Saudi-Qatar ini ialah penamaan sebuah masjid utama di Doha dengan nama Imam Muhammad Abdul Wahhab, satu perkembangan yang mencerminkan peningkatan hubungan kedua-dua negara.

Israel, musuh utama Iran, Syria dan gerakan Islam di Syam mempunyai kepentingan yang paling jelas tetapi paling kurang mendapat perhatian media.

Israel secara sedar tidak mahu kelihatan secara terang berperanan di Syria, dan sebolehnya mahu isu Syria ditangani oleh kuasa Arab supaya isu tersebut tidak menjadi pertembungan antara Arab dengan Israel.

Paling utama, Zionis mahu melihat paksi Iran-Syria dan gerakan Islam Syam terjejas. Ini dapat dilihat daripada kenyataan beberapa orang tokoh Israel.

Dan Meridor, menteri perisikan Israel dilapor berkata oleh akhbar New York Times: “Iran berusaha keras untuk menyelamatkan rejim Assad. Sekiranya pakatan antara Iran, Syria dan Hizbullah boleh diputuskan, ia sesuatu yang sangat positif."

Bekas pengarah Mossad, Efraim Halevy pula dalam satu tulisannya di akhbar sama menegaskan: "Memastikan Iran dihalau daripada hab serantaunya di Damsyik akan memotong aksesnya kepada proksi (Hizbullah di Lubnan dan Hamas di Gaza) dan secara terbuka akan menjejaskan prestij Iran di peringkat dalam negara dan antarabangsa, dan mungkin memaksa rejim yang lemah di Tehran menghentikan program nuklearnya."

Kuasa serantau paling berprofil tinggi dalam persaingan ini ialah Qatar, yang bersama sekutunya dalam GCC, Arab Saudi, kini menguasai Liga Arab.

Qatar kini mengulangi peranannya dalam menjatuhkan Muammar Gaddafi di Libya dengan pelbagai usaha menekan rejim Bashar di Syria.

Secara agresif, Qatar bersama Saudi menyokong pemberontak Majlis Nasional Syria, SNC termasuk secara terbuka menyokong pembekalan senjata kepada Tentera Bebas Syria, FSA, rakan SNC dalam usaha menjatuhkan rejim Damsyik.

SNC, gabungan yang memonopoli suara pembangkang dalam kalangan media antarabangsa dan kuasa tertentu itu sendiri mempunyai banyak isu yang perlu dipersoalkan dari segi kredibilitinya.

Satu isu yang kini semakin mendapat perhatian ialah peranan al-Jazeera milik Qatar dalam melaporkan perkembangan di Syria.

Al-Jazeera ialah pemain media utama dalam kebangkitan di Asia Barat dan Afrika Utara sejak lebih setahun lalu, dan terlibat secara mendalam dalam perang media kuasa-kuasa serantau.

Satu isu terkini yang menjejaskan al-Jazeera ialah pendedahan tentang bias stesen itu dalam melaporkan kebangkitan di Syria, sehingga dilaporkan menyebabkan wartawannya meletak jawatan sebagai protes.


Pandangan kritikal terhadap liputan dan rakaman krisis di Syria telah dikemukakan banyak pihak, termasuk terhadap rakaman-rakaman persendirian yang dipersoalkan kesahihan dan agendanya.

Kecondongan laporan dan komentar kepada sebelah pihak ini dijadikan hujah pihak berkepentingan untuk menuntut campur tangan asing dan bantuan senjata.

Kes di Syria – dan sebelum itu Libya – menyediakan banyak pengajaran dalam isu propaganda dan permainan politik kuasa-kuasa tertentu yang mengambil kesempatan daripada kebangkitan rakyat menuntut demokrasi.

Kempen propaganda yang menjadikan isu agama sebagai asas rujukan dilihat mudah untuk menarik ramai pihak memberikan sokongan untuk kepentingan yang sebenarnya mewakili agenda sempit kuasa-kuasa tertentu.

Sebahagian umat Muslim di Malaysia yang turut termakan kempen propaganda terhadap Iran dan Syria, menerima bulat-bulat kempen propaganda yang kelihatan dicetuskan oleh musuh politik negara tersebut.

Sentimen mazhab kelihatan terlalu mudah dipergunakan dan mudah memancing sentimen yang menjurus kepada perpecahan.

Satu kempen di Facebook dilihat dibuat semata-mata atas sentimen anti-Syria dan tanpa sebarang rujukan lain yang lebih bebas.

Kenaifan yang diperhatikan ini mencetuskan persoalan tentang kemampuan mereka yang terlibat itu dalam menangani isu-isu yang menguji itu sekiranya berlaku di negara ini, yang wacana politiknya semakin dikuasai emosi dan sentimen.

8 comments:

Kuching Sarawak said...

Assalamualaikum...

Jika Pemimpin Anda Org Syiah, Adakah Anda Berdiam Diri?

Adakah Anda Tahu Siapa Itu Syiah?

Penduduk Syria Kebanyakannya Sunnah Waljamaah. Adakah Mereka Mahu Berdiam Diri Ditindas Oleh Syiah Alawi?

Jika Anda Suka Kepada Syiah, Teruskan Menyokong Mereka.

Syiah Adalah As-Sufiani.

Mereka Adalah Golongan Yg Membenarkan Perkahwinan Mtu'ah Dan Terang-Terangan Menghina Sahabat Dan Isteri Rasulullah SAW.

Amerika Tidak Ada Hak Campur Tangan Dan Andakah Mereka Ini Hanya Bersandiwara. Kalau di Libya, Ghaddafi dituduh sbg pemusnah Islam. Tetapi Sebenarnya Dia Bagus. Maka Amerika takde pun buat mesyuarat utk musnahkan Libya.

Sekarang Di Syria ada pulak mesyuarat. Diorg nie action je. Aku comfirm tidak ada apa2 berlaku kat Syria sbb Pemimpin Syiah tu org Syiah sama macam Iran. Buktinya sampai skrg Iran x diserang sbb diorg bkn Sunnah Waljamaah.

Irag,Afghanistan,Libya,Lubnan (Sunnah Sahaja) yg byk mati dan jd mangsa. Xperlu Buat Mesyuarat lagi. Tapi Syiah byk alasan pula.

Sebenarnya Mereka ni tipu je supaya dimata org Islam (sunnah) Amerika kelihatan benci dgn Syiah Jugak. Tapi Sbnrnya mereka x berani serang dan mahu menipu Islam Sunnah Bahawa Yahudi dan Syiah tidak ada apa2 kaitan. Tapi Sebenarnya mereka mahu membunuh org Islam Sunnah.

Semoga sama2 kita memberi pendapat masing2 dgn baik dan tenangn Kerana Adat Org Melayu mmg baik. Xperlu Kita marah2 dan tidak terima bulat. Saya Ambik pandangan baik saudara sbg menambah pengalaman saya. Saudara juga perlu buka hati utk membaca tulisan dan pandangan saya. Insyallah, Kita Akan dpt mencapai kata sepakat. Amin.

Anonymous said...

Kalau nak bicara tentang sufyani.baca dahulu siapa abu sufyan,sipa muawiyyah bin abu sufyan, siapa yazid bin muawiyyah.

Ni tiba2 saja gelar org sufyani.macamana?

Anonymous said...

Kuching sarawak, kenapa tumpu isu syiah saja..dalam banyak2 isu yang dibentang, syiah saja yang anda minat? Tak mahu cuba jawab isu NATO, Al-Jazirah, Israel, dsb? Anda mula dengan marah2 dan tuduh-menuduh, dan akhir macam baik pulak..

Allahu'alam.

Anonymous said...

sape iran? sape amerika? sape shria? sAPE ISRAEL? sape arab saudi?fikir2kanlan..................tapi mahu di ingat prmainan israel dan amerika yg laknat sememang nya atok penipu..jngan trtipu untuk sekian berkalinya..heh2 ;)

nizam said...

salah 1 sifat utama puak syiah ialah taqiyyah iaitu sembunyikan identiti syiahnya untuk kabui mata org yg tidak sehaluan dgn nya-kerana puak syiah sangat berbeza dari segi imaniat, ibadat, muamalat, muasyarat dll. dgn kaum sunni-1 contoh-puak syiah amat memburuk2kan sebahagian besar sahabat2 Nabi SAW yg mana bila kita mencari kesalahan walaupun ringan akan sahabat2 Nabi SAW MAKA GUGUR SYAHADAH-isunya disini, Mr Anonymous telalu backing puak syiah tu kenapa ye..

Busuk Punya Olang! said...

Secara sepintas lalu...

Perbezaan ketara di antara Syiah dan Ahlussunnah Wal Jamaah adalah Syiah mengangkat ahli keluarga Nabi s.a.w (ahlulbait alKisa') dan Ahlussunnah mengangkat para sahabat Nabi s.a.w.

Ini adalah soal siapa yg layak memimpin umat Islam slps kewafatan Nabi s.a.w.

Itu saja. Apa yang nak dipeningkan? Menggelar Sufyani pada Syiah adalah satu kerja yg sgt bodoh. Apakah anda tidak membaca sejarah Abu Sufyan dan ahli keluarganya (opposition party among companions)?

Anonymous said...

Orang Islam selalu salahkan orang lain bagi menutup kelemahan diri. Kita dah tahu bahawa Yahudi dan Nasrani itu sentiasa memusi Islam. Orang Islam hanya pandai bercakap bahawa selepas Negara Soviet hancur maka giliran Islam akan naik mentad bir dunia. Orang Islam hanya pandai berselogan namun hakikat tiada apa yang dibuat untuk memperkuatkan ummah. Orang Islan banyak dengki sesama Islam, sentiasa mengkhianati orang Islam, sentiasa menyanjungi dan mempercayai orang buka Islam. Akhir sekali terperangkap untuk berpacah sesama Islam. Dalam OIC tidak ada ketegasan dan kata sepakat untuk mengiratkan negara Islam. Mesyuarat hanya melepas batut di tangga. Mana ada pakatan tentera Islam, Mana ada pemimpin Islam berani berkokok. Semua lembik. Ingatlah jika Islam itu lemah maka golongan lain yang kuat akan menjajah kita. Kadang-kadang kita ras diri kita merdeka dan bebas namun minda kita massih terikat dengan penjajahan minda barat. Bila umat Islam nak sedar. Berkaitan hukum hudud yang terang-terang diperinta tuhan dalam surah annisa' pun tak ada kesepakatan.Jangan harap nak satukan dunia Islam. Semoga kita banyak bermahasabah diri. Kemabali kepada keyakinan Islam. Hanya Allah tempat kita bergantung harap, bukan yang lin.Wallahualam.

Anonymous said...

Bila memperkatakan anatara Sunni dan Syiah. Saya hanya melihat pada perbezaan aqidah. Ungkapan yang mengatakan Syiah sebagai mengangkat ahli keluarga Nabi s.a.w (ahlulbait alKisa') dan Ahlussunnah mengangkat para sahabat Nabi s.a.w. Adalah dakwaan yang palsu. Namun Sunni dan Syiah boleh mencapai keamanan sepertimana kedua-dua golongan ini hidup bersama-sama dengan golongan agama dan bangsa lain. Perbezaan antara Islam Sunni dan Islam Syiah perlu digambarkan secara jelas. Namun kedua-dua golongan perlulah bertindak untuk salaing hormat-menghormati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...