Sunday, October 2, 2011

MCA guna hudud untuk tarik undi, jejas sokongan DAP

MCA, parti komponen Barisan Nasional yang tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 lalu kelihatan terdesak untuk meningkatkan kedudukan dalam BN apabila menjadikan hudud sebagai bahan utama kempen.

Parti Cina utama BN itu dilihat mengambil kesempatan daripada kontroversi yang tercetus dengan memperlihatkan diri sebagai penentang terkuat undang-undang Islam itu, dalam persaingannya dengan DAP, sebuah parti Cina dalam Pakatan Rakyat.

MCA sebelum ini mengugut untuk meninggalkan Umno sekiranya parti itu melaksanakan hudud, pendirian yang turut disuarakan oleh Gerakan, parti Cina yang kubu kuatnya Pulau Pinang ditawan oleh DAP dalam pilihan raya umum yang lalu.

Ugutan itu sesuatu yang jelas sekali bersifat retorik murahan untuk menarik perhatian, kerana Umno bersikap realisitik dan menyedari kedudukannya dalam komponen BN tidak membenarkannya melaksanakan undang-undang itu.

MCA kelihatan mahu menarik perhatian masyarakat Cina yang kini tertumpu pada DAP yang sedang bertembung dengan PAS berhubung isu hudud, dengan menunjukkan pendirian lebih keras terhadap hudud, dan pendekatan yang lebih berkesan berbanding DAP.

Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek dalam ucapan di perhimpunan agung ke-58 parti itu juga menggesa ahlinya menghukum semua parti PR dalam pilihan raya akan datang kerana agenda PAS mahu melaksanakan hudud.

Ugutan untuk tidak bersama Umno itu juga secara tidak langsung menjadi satu cabaran kepada DAP untuk meninggalkan PAS, sekutunya dalam PR yang bertegas mahu melaksanakan undang-undang itu.

Melalui akhbar The Star yang dikuasai MCA, isu hudud kelihatan dikemukakan sebagai berita utama, menarik perhatian ramai, terutama kumpulan sasaran pengundi Cina kepada isu tersebut.

Isu hudud boleh menjejaskan sokongan bukan Melayu kepada PR dan DAP, dan memberi faedah terus kepada MCA.

DAP sebelum ini menjadikan hudud dan isu berkaitan negara Islam sebagai isu pemutus (deal breaker) dalam hubungannya dengan rakan-rakan pakatan, meninggalkan dua gabungan pembangkang sebelum PR disebabkan isu negara Islam.

Walau bagaimanapun, manfaat besar yang diperolehi melalui PR menjadikannya lebih pragmatik dan terus kekal bersama PAS dan PKR, walaupun memperlihatkan posisi yang tegas.

DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang dan mempunyai kedudukan yang kuat di Selangor. Kedua-dua negeri ialah negeri maju yang menjadi pusat kegiatan ekonomi, termasuk pelaburan asing.

Chua turut mengecam DAP yang didakwa mengamalkan politik kaum yang sempit dengan hanya bertanding di kawasan Cina sehingga menjadikan kaum Cina terus di kem pembangkang.

MCA cuba mengemukakan kedudukannya dalam kerajaan BN sebagai lebih bermanfaat kepada orang Cina berbanding DAP dalam pembangkang.

Kedudukan MCA dalam BN selepas Pilihan Raya Umum ke-13 bakal bergantung kepada prestasinya memenangi kerusi Cina.

Kekalahan teruk MCA dalam pilihan raya umum lalu menjadikan BN dikuasai oleh Umno. Parti Melayu yang menguasai BN itu kemudian dilihat bersendirian sejak 2008, dan kurang mendapat sokongan parti komponen lain dalam berdepan pelbagai isu.

3 comments:

Ben Ayu said...

Rakyat dah muak dan mual perangai orang politik. Lebih-lebih lagi bila dah hampir pilihanraya. Ada sahaja yang tak kena, tak betul, tak bagus dan banyak lagi tak. Dan jawapan yang klise, ... dia sahaj yang betul, dia sahaja yang benar dan betul. Mereka di sebelah sana semuanya tak bagus dan tak betul. Memang kerja mulut biawak. Sentiasa mencari dan menimbulkan isu. Untuk dilihat champion tetapi sebenarnya setakat nak cari makan sahaja. Itu tujuan dan matlamatnya sebenarnya. sebab tu tak habis-habis melalak siang dan malam.

Anonymous said...

Tok Guru Nik Aziz terusik oleh semacam provokasi Tun Dr Mahathir perihal hudud. Disambut oleh Karpal Singh yang menentang habis-habisan pelaksaanaan undang-undang hudud. Sahutan selaepas itu datangnya dari Tan Seri Muhyiddun yang semacam menyokong undang-undang hudud kerana agaknya dia terasa orang-orang Umno juga orang Islam. Kata-kata beliau amat beralas, tetapi Dr Chua SL melompat kuat nak meninggalkan slot dalam Barisan Nasional kalau UMNO sungguh-sungguh seperti disebut oleh TPM .

Benar seperti dikata orang masing-masing nak cari sokongan pengundi.

Soalannya, apakah minat khusus seorang yang pernah digelar "master strategist" aka Tun Dr M menggunakan undang-undang Islam hudud sebagai object pertelinkahan
dan perlagaan diantara orang-orang Islam seperti TS Muhyiddin dengan Dr Chua Soi Lek, dan antara Karpal Singh dengan seorang Islam Datok Nik Aziz.

Cara permainan politiknya tidaklah begitu luarbiasa tetapi mengapakah Tun Dr M ( seorang Muslim) menggunakan hudud sebagai alat provokasi yang saya rasa memiklukan bukan sahaja orang-orang penganut agama Islam tetapi juga orang-orang non-Muslim.
Tak ada kah pekara lain seperti rasuah, jenayah, dan lain-lain seperti itu yang boleh digunakan dalam permainan politik dinegara ini. Apa akan jadi jika suatukepercayaan khas yang dianuti oleh penganut Kristian atau Budhisma dijadikan objek controversi mainan politik khas untuk memancing undi.

Kita bershukur kerana penganut Islam diMalaysia digalakkan oleh agama mereka supaya sentiasa bersabar . Yang jeleknya , walaupun Islam adalah agama resmi Malaysia, orang Islam pula yang ber"hobby" mengelirukan dirinya, orang-orang Islam yang lain, dan orang non-Muslim, mempersendakan Islam.

Fikir-fikirkanlah.....

Anonymous said...

Kalau Pilihanraya lalu PAS menayangkan gambar TGNA dikhalayak ramai bersama tangisan, kini kembali dengan HUDUD sebagai bahan umpan simpati dalam mencari sokongan rakyat dicelah kedaifan sendiri. Adalah diharap keikhlasan TGNA tidak memiliki sebuah kepuraan dek kerana politik beliau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...