Friday, September 16, 2011

Mansuh ISA bukti Najib tertekan hadapi PRU 13

Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Abdul Razak melaksanakan langkah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan.

Dalam ucapan sempena Hari Malaysia yang ditunggu-tunggu itu, Najib mengumumkan rancangan pemansuhan ISA dan beberapa peraturan lain termasuk Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, peraturan yang ditentang hebat pengamal media negara ini, terutama yang cenderung pembangkang.

Ekoran pemansuhan ISA, undang-undang lain akan digubal bagi tujuan keselamatan, tindakan yang bakal mendapat perhatian wakil-wakil rakyat pembangkang yang dilihat masih berhati-hati dengan tindakan Najib ini.

Sesetengah pihak turut menimbulkan persoalan tentang satu lagi undang-undang yang mengekang, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, yang menjadi satu senjata utama pemerintah mengawal institusi pengajian tinggi.

Tindakan mengejutkan Najib ini menandakan tekanan hebat dihadapi pemerintah di bawah pimpinan beliau, yang mengalami suasana sukar ekoran kemenangan besar pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.

Pemansuhan ISA dan beberapa undang-undang lain ini juga menunjukkan sejauh mana pentadbiran Najib bersedia untuk melaksanakan perubahan, dan memberi gambaran kesungguhan Najib untuk mengekalkan kuasa Umno dan gabungan parti pemerintah.

Langkah drastik Najib ini sedikit menjejaskan usaha politik pembangkang yang menjadikan ISA sebagai satu alasan utama menentang pemerintahan Umno dan Barisan Nasional, dan menjadi langkah populis terkini pentadbiran Najib menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Apapun analisis akhir isu ini, Najib telah mencatat sejarah sebagai perdana menteri yang memansuhkan ISA dan melaksanakan reformasi yang kritikal, walaupun kelihatan untuk memenuhi tuntutan politik semasa.

Najib kini telah mengurangkan satu isu besar untuk dijadikan bahan kempen menentang pemerintah, dan memaksa pembangkang mencari sudut lain dalam menangani isu ini.

Pembangkang gabungan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan anti-ISA di ibu negara pada 2009, dan dilaporkan merancang mengadakan satu lagi program anti-ISA menjelang pilihan raya umum akan datang.

Tindakan Najib berhubung ISA ini walau bagaimanapun dijangka menerima respons negatif sesetengah pihak yang menyokong BN, termasuk pertubuhan yang sebelum ini lantang menunjukkan sokongan kepada undang-undang drakonian itu.

Perhatian selepas ini akan tertumpu pada belanjawan yang bakal memberi peluang sekali lagi kepada Najib untuk menaburkan janji dan habuan kepada rakyat bagi membina sokongan.

Sebelum ini, menjelang Hari Raya Aidilfitri, pentadbiran Najib mengumumkan ganjaran bonus dan habuan lain kepada kakitangan awam, selepas beberapa tahun tidak menerima sebarang bonus.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamaualaikum

Memang sudah menjadi lumrah manusia tidak pernah puas apa yang ada.

Bila dah ada BISING
TAK ADA PUN BISING

Masa ISA ada pelbagai pihak kata ini undang-undang lapuk. tak relevant, zalim, tidak ikut hak asasi manusia dan macam-macam.

Masa ISA TAK ada BISING JUGAK!!! kata lewat sangat la... Kerajaan tiru parti alternatif la, kerajaan bohong la dan macam-macam

Nanti bila ade sesuatu yang luar biasa berlaku pasti ade segolongan pihak amek kesempatan. Yang pasti ayat ni akan keluar:

1. tu lakerajaan dulu tak fikir betul-betul sebelum mansuhkan ISA.

2. Tu la kerajaan buat undang-undang tak lengkap. tak masukkan akta itu dan ini. Harap ada ramai je lawyer. Tapi lawyer makan gaji buta.

3.Kami dipihak yang membangkang hanya mencadangkankan aja... siapa suruh kerajaan ikut pandangan kami. Patut dapatkan maklumat lengkap dahulu sebelum mansuhkan ISA. Bila dah mansuh kan nyusahkan semua.

Itu antara kata-kata yang akan timbul bila berlaku isu LUAR BIASA.

akan ada pihak yang akan amek kesempatan. BIASA lah tu orang politik...... Yang sengsara rakyat.

apa pun buat masa ini alhamdulillah ISA di mansuhkan. Kita tunggu dan lihat 10 tahun akan datang.. apa lak isu lain timbul lepas mansuh ISA. HAHAHAH

Di pihak kerajaan- ISA dah mansuh
Di pihak pembangkang- Mencari kelemahan undang-undang apabila ISA dimansuhkan.

misnona said...

ISA mansuh? bukankah ini sebagai alat oleh penguasa zalim apabila terdesak. kalau ISA tak ada, berani ke buka file dan sembang di mahkamah? rasa-rasa akan muncul akta yang menyamai. perangai umno memang dia mahu menang. jangan percaya pemimpin umno yang takut kehilangan kuasa. nanti file semua diusung untuk siasatan baru. X-files pun ada...

Edin said...

dulu bkan maen kutuk buku jingga akan memufliskan negara..... sekarang dh tiru???? x muflis pun???? kekekkehh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...