Sunday, August 1, 2010

DAP pecat Tee Boon Hock

SHAH ALAM, 1 Ogos: Ekoran dakwaan menyalahgunakan kepala surat Exco untuk sokongan mendapatkan kontrak Majlis Perbandaran Klang (MPK), DAP semalam memecat ahli MPK Tee Boon Hock dari parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Disiplin DAP bermesyuarat hari ini.

Naib Presiden DAP, Tan Kok Wai berkata tindakan itu dibuat selaras dengan perinsip parti yang menekankan integriti dan kebolehpercayaan.

"Ini merupakan kali pertama Jawatankuasa Disiplin DAP memulakan penyiasatan berdasarkan laporan media kerana ini melibatkan kepentingan masyarakat awam dan sebagai satu tindakan yang mencerminkan prinsip asas parti DAP yang mementingkan integriti dan kebolehpercayaan," tegas Kok Wai yang juga merupakan Ahli Parlimen Cheras.

Boon Hock sebelum ini didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor, Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya bagi mendapatkan kontrak MPK.

Menurut Kok Wai lagi, walaupun tiada aduan bertulis dibuat oleh mana-mana ahli mahupun pemimpin DAP, namun dakwaan yang dilemparkan berkait dengan kepentingan awam dan memerlukan siasatan terperinci.

Ronnie Liu dan Tee akan dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa disiplin yang akan memanggil mesyuarat tergempar dalam masa tiga hari.

Menteri Besar, Tan sri Khalid Ibrahim sebelum ini mengumumkan Boon Hock direhatkan sementara jabatan audit dalaman membuat siasatan.

7 comments:

asyMok_Aambo said...

tahniah atas ketegasan.

fitflex said...

xde demokrasi dh dlm dap pun.mana lawan tokey,pancung....

bunga melati said...

ko yang bodo 'fitflex' itu namenyer integriti... bila org salah guna kuasa, kita harus teges..ini melibatkan hal2 berkaitan nilai2 dalam diri, klu dah tak btol buat apa nak simpan...lainlah UMNO walaupun ketua menteri bagi rasuah, hukuman nyer??? lu pikir lah sendiri....

MasaDahTime said...

ketegasan perlu ada dalam menegakkan kebenaran bukan main simpan je lama-lama..

hurry said...

kepada fitflex
i setuju dgn pendapat u dap x ade demokrasi..tgok bn camana mana pancung kalau lawan tokey..tgok kes rosmah mansur dan bos karpet raya tu..walau pun bala penyiasat persendirian bongkarkan cerita benar ttg dia dan najib terlibat..dia tak pancung pun cuma hantar bala dan sponsor bala dgn duit berjuta2 lari dari malaysia je..tul x...lg satu tgok kes org jumpa tangkal dalam bilik pak lah..org kata rosmah yg buat..mana pancung cuma di paksanya pak lah letak jawatan je....
hidup bn..
hidup felda..
hidup komisen

hurry said...

lg untuk fitplex
i setuju dap x ade demokrasi.. buat hal je pancung..baik sprm bila ade kes ..pasal lembu kes mb..sampai kelubang tandas koreknya,kes beli bendera rm2,400 kelubang cacing pemimpin dap kena..but kalau libatkan altantuya dan komisen kapal selam...sampai negara ambil kes..sebab malaysia tak berminat

PENGERUSI said...

Rasuah,penipuan & mengkaburkan fakta ialah Anuwar Brahim la...
Bapa Rasuah....!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...