Blog analisis, komentar dan berita politik Malaysia. SiasahDaily bukan versi internet Siasah cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan akhbar tersebut.
Friday, September 18, 2009
Dunia Islam tidak serius peringati Hari Al-Quds
"Kerajaan Iran sendiri saya lihat tidak benar-benar serius untuk menyebarluaskan konsep Hari Al-Quds walaupun banyak perubahan yang berlaku sejak Mahmoud Ahmadinejad menjadi presiden.
"Malah dalam soal bantuan kepada Palestin pun, kita mendengar bantuan yang lebih besar disumbangkan di zaman Ahmadinejad menjadi presiden berbanding pentadbiran sebelum beliau.
"Perdana Menteri Palestin dari Hamas, Ismail Haniyeh sendiri pernah mengumumkan bantuan US$250 juta dari Iran kepada kerajaan Hamas dan rakyat Palestin di samping membentangkan rancangan bantuan ekonomi dan kewangan secara langsung kepada pentadbiran Hamas dan rakyat Palestin," katanya.
Para pemimpin negara-negara Arab pula, katanya, tidak ada locus standi untuk mengambil bahagian dalam Hari Al-Quds walaupun dianjurkan di dalam negara mereka sendiri oleh rakyat mereka.
"Mereka sama zalim dengan regim Zionis. Penindasan regim-regim Arab terhadap rakyat mereka sendiri tidak banyak berbeza dengan kekejaman Israel terhadap pribumi Palestin," katanya.
Lantaran itulah mereka tidak boleh diharapkan untuk memerangi kezaliman regim Yahudi, katanya.
"Kezaliman tidak akan menjatuhkan kezaliman malah saling berkerjasama antara satu sama lain," kata Mohamad lagi.
Menurut beliau, Nabi Muhammad telah menunjukkan teladan bahawa kezaliman mesti dihadapi oleh keadilan ketika beliau berusaha menjatuhkan kuasa besar Rom dan Parsi di zamannya.
"Nabi berbuat demikian dengan membawa panji-panji keadilan sehingga sejarah mencatatkan bahawa kedatangan tentera Islam dialu-alukan oleh rakyat serta jajahan takluk kedua-dua kuasa besar itu dan akhirnya kuasa rakyat di bawah kekuasaan kedua-dua kuasa besar itulah yang sebenarnya menjatuhkan mereka," katanya.
Kuasa rakyat menghakis kekuasaan kedua-dua kuasa besar itu, katanya, apabila tidak lagi menyebelahi pemerintah mereka sebaliknya mengalu-alukan kedatangan tentera Islam.
Beliau juga menyalahkan konsep negara bangsa (nation state) yang turut menjadi pegangan negara-negara umat Islam kini.
"Konsep tersebut bertentangan sama sekali dengan konsep membebaskan manusia dari penguasaan sesama makhluk apabila rakyat di dalam negara bangsa dikehendaki memberikan ketaatan kepada negara atau menjadi hamba negara atas nama patriotisme.
"Konsep nation state tidak ada pendirian untuk membebaskan manusia dari memperhambakan diri kepada sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah," kata beliau.
Sebab itulah, katanya, umat Islam tidak boleh menaruh harapan kepada negara-negara bangsa untuk memperingati Hari Al-Quds.
"Umat Islam mesti kembali kepada sistem nilai mereka sendiri dan tidak lagi menjadi pak pandir kepada norma-norma yang menguasai sistem kerajaan dan hubungan antarabangsa hari ini.
"Sekurang-kurangnya kita memulakan usaha untuk mendidik ummah ke arah itu dengan membentuk sistem persaudaraan yang tidak mengiktiraf konsep negara bangsa di mana memperingati Hari Al-Quds hendaklah menjadi sebahagian dari agendanya," katanya.
Hari Al-Quds diperingati sejak kira-kira 30 tahun lalu di mana kerajaan Iran selepas kemenangan Revolusi Islam mengajak umat Islam seluruh dunia menjadikan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan sebagai Hari Al-Quds.
Hutang di Shah Alam bayar di Bagan Pinang
"Orang India tahu siapa di sebalik provokasi ‘sepak kepala lembu' baru-baru ini. Hutang di Shah Alam itu akan bayar di Bagan Pinang,” kata Kumutha Raman, Ketua Wanita Kelab penyokong PAS kaum India (gambar)
Kata beliau, politik provokasi seperti itu tidak sewajarnya berlaku dalam dunia dan negara bertamadun sekarang.
“Tragedi mengarak dan menyepak kepala lembu di Shah Alam itu membuatkan kaum India sangat marah kerana menganggapnya sebagai satu penghinaan kepada agama. Saya fikir kesannya boleh mengalahkan Umno-BN pada PRK Bagan Pinang nanti. Suara Makkal Sakti akan berkumandang di sana”.
Laporan dalam akhbar Siasah terbaru
Wednesday, September 9, 2009
12 sertai demo kepala lembu kena dakwa
Saturday, September 5, 2009
Majlis dialog isu kuil Seksyen 23 selesai tanpa keputusan
SHAH ALAM, 5 Sept: Sekumpulan penduduk Seksyen 23 yang membantah pemindahan kuil Sri Mariamman dari Sekyen 19 ke seksyen mereka, bertindak mengganggu perjalanan majlis dialog anjuran Kerajaan Selangor pagi tadi.
Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet Wisma MBSA itu, dimulai dengan bantahan di pintu masuk oleh pihak terbabit terhadap kouta kehadiran yang menetapkan hanya seorang sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam dewan mewakili setiap rumah.
Selepas dibantah, dua warga emas yang mengikuti anaknya ke situ dibenarkan masuk ketika Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Selangor, Puan Rodziah Ismail dan Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad melangkah masuk.
Sebaik majlis dimulakan sekitar 10.15 pagi, kumpulan yang sebelum ini dikenalpasti melakukan demontrasi membawa kepala lembu ke pagar Bangunan SUK, dekat sini, mula membuat bising dan mengganggu majlis.
Suasana kecoh dan tidak aman itu berlanjutan sehingga majlis selesai, ada-ada sahaja perkataan nakal dan tidak beradab yang dihamburkan oleh mereka sehinggakan menimbulkan suasana tidak nyaman di dalam bulan Ramadhan ini.
Namun majlis dijalankan untuk memberi peluang kepada mereka yang hadir ingin mendengar penjelasan sebenar tentang apa yang berlaku mengenai isu berkaitan dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan memulakan sesi penerangan.
Selepas Tan Sri Khalid mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir dalam majlis itu dalam ucapan ringkasnya untuk memberi peluang penjelasan lanjut oleh Haji Khalid.
Suasana menjadi lebih bising sehingga ada yang bangun membentak keras, mengeluarkan perkataan burukdalam nada keras termasuk yang meluru ke hadapan pentas lalu disabarkan oleh penguatkuasa MBSA.
“Jika tuan-tuan tidak boleh mendengar penjelasan yang kami berikan bagaimana pula tuan-tuan hendak memaksa kami mendengar pandangan tuan-tuan, tak apalah, sekarang kita buka majlis dialog ini untuk semua,” tegas Haji Khalid bagi meredakan suasana.
Suara-suara nakal tetap tidak mahu berhenti, antaranya “kami datang untuk membantah sahaja, kami tak mahu dengar lagi, cepat kami nak makan, kami merempat di bumi sendiri, Melayu semakin bodoh, b**i, b*hs*a, *a*u* dan sebagainya.
Setelah itu, majlis dihujani dengan berbagai pandangan dan soalan sekitar 10 soalan yang diutarakan dalam keadaan marah, memekik, memaki dan mengugut, kecewa serta merayu.
Bila Haji Khalid menjawab semua persoalan, ada pula yang berkata, ‘kami tidak mahu dengar semua itu’. Lalu Haji Khalid berkata ‘jika tidak mahu mendengar jawapan, kenapa pula bertanya tadi…’
Akhirnya, Tan Sri Khalid bangun untuk menjawab dengan penegasan, “Tiada keputusan untuk Seksyen 23, kita masih cari jalan untuk selesaikan masalah ini, kita akan mendapatkan persetujuan semua pihak, masalah masyarakat Shah Alam menjadi kewajipan saya,”. IBH
Friday, September 4, 2009
Isu hak asasi hanya untuk serang undang-undang Islam - Mat Sabu
"Trend yang berlaku ialah hanya perlaksanaan undang-undang Syariat yang menjadi sasaran pihak-pihak tertentu.
"Tetapi, apabila berlaku pencabulan terhadap hak asasi manusia misalnya dalam kes wanita yang dipaksa berbogel dan melakukan ketuk ketampi di dalam lokap polis, tidak ada suara penentangan yang berapi-api dari golongan itu.
"Tidak perlu dibangkitkan soal orang kena tahan yang mati dalam lokap polis atau orang yang disiasat didera oleh para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Penentangan terhadap perkara sedemikian tidak ada dalam agenda mereka," katanya.
Menurut beliau, walaupun ada ilmuan yang menyatakan undang-undang Syariat di negara ini tidak boleh disamakan dengan hukum takzir sekalipun, tetapi oleh kerana undang-undang Syariat itu dikaitkan dengan Islam, penentangan terhadap undang-undang itu begitu berapi-api.
Malah, katanya, orang yang melakukan kesalahan di sisi undang-undang Syariat diangkat sebagai mangsa malah kerap kali mereka menjadi wira dan glamour sekelip mata.
"Perkara itu terbukti dalam apa yang berlaku dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarno yang memperlihatkan permainan media arus perdana dan media-media yang sememangnya mempunyi sikap negatif terhadap Islam telah meletakkan beliau sebagai mangsa.
"Saya tidak tahu apa sikap sebenarnya perempuan itu, tetapi itulah yang dilakukan media yang saya sebutkan itu," kata beliau.
Malah, lebih buruk lagi, pihak yang menguatkuasakan undang-undang Syariah pula yang dipersalahkan.
"Semua pihak masih ingat bagaimana al-Marhum Datuk Ishak Baharum dipecat dari jawatannya sebagai mufti Selangor dan pemecatan beliau dikaitkan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya," kata Mohamad.
Begitu juga, katanya, apa yang berlaku terhadap para pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu kelab The Zouk.
Dalam serbuan pada pukul satu pagi 13 Januari 2005 itu, kira-kira 100 orang beragama Islam telah ditahan termasuk penyanyi Jeslina Hashim.
"Ada pihak yang menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh JAWI itu adalah salah," kata Mohamad.
Akhirnya, saman JAWI di bawah Akta Kelakuan Tidak Sopan dibatalkan 17 Februari 2005 setelah diarahkan oleh Kabinet.
Begitu juga, katanya lagi, apa yang berlaku dalam penangkapan pada 10 Jun 2000 di sebuah pub, The Ship di Damansara Utama yang membabitkan lebih 30 penguatkuasa JAIS Petaling, Rela, Badar dan polis.
Seramai 53 orang ditahan termasuk di beberapa premis lain di Petaling Jaya, ekoran lebih daripada 12 aduan yang dibuat masyarakat sekitar.
"Seperti biasa, apihak yang menangkap dikecam habis-habisan dan dipersalahkan dan orang yang ditangkap pula mendakwa mereka hanya minum air suam dan fresh orange," katanya.
Berikutan kecaman orang ramai itu Pengerusi Badar (Badan Amal Makruf Nahi Mungkar) Puchong, Mohd Sharif Iskandar tampil membuat pendedahan sambil menyerahkan lebih sedozen gambar foto yang jelas menunjukkan gelas-gelas dan jag-jag arak, serta wanita-wanita dan pondan yang berpakaian tidak sopan.
Bagaimanapun akhirnya, berikutan kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin kerajaan pusat sendiri, Menteri Besar Selangor ketika itu membatalkan tuduhan ke atas mereka yang terbabit.