KUALA LUMPUR: Seluruh dunia Islam sebenarnya tidak serius memperingati Hari Al-Quds dan menjadikannya sebagai pemangkin kebangkitan ummah untuk membebaskan bumi Palestin yang dijajah Yahudi, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.
"Kerajaan Iran sendiri saya lihat tidak benar-benar serius untuk menyebarluaskan konsep Hari Al-Quds walaupun banyak perubahan yang berlaku sejak Mahmoud Ahmadinejad menjadi presiden.
"Malah dalam soal bantuan kepada Palestin pun, kita mendengar bantuan yang lebih besar disumbangkan di zaman Ahmadinejad menjadi presiden berbanding pentadbiran sebelum beliau.
"Perdana Menteri Palestin dari Hamas, Ismail Haniyeh sendiri pernah mengumumkan bantuan US$250 juta dari Iran kepada kerajaan Hamas dan rakyat Palestin di samping membentangkan rancangan bantuan ekonomi dan kewangan secara langsung kepada pentadbiran Hamas dan rakyat Palestin," katanya.
Para pemimpin negara-negara Arab pula, katanya, tidak ada locus standi untuk mengambil bahagian dalam Hari Al-Quds walaupun dianjurkan di dalam negara mereka sendiri oleh rakyat mereka.
"Mereka sama zalim dengan regim Zionis. Penindasan regim-regim Arab terhadap rakyat mereka sendiri tidak banyak berbeza dengan kekejaman Israel terhadap pribumi Palestin," katanya.
Lantaran itulah mereka tidak boleh diharapkan untuk memerangi kezaliman regim Yahudi, katanya.
"Kezaliman tidak akan menjatuhkan kezaliman malah saling berkerjasama antara satu sama lain," kata Mohamad lagi.
Menurut beliau, Nabi Muhammad telah menunjukkan teladan bahawa kezaliman mesti dihadapi oleh keadilan ketika beliau berusaha menjatuhkan kuasa besar Rom dan Parsi di zamannya.
"Nabi berbuat demikian dengan membawa panji-panji keadilan sehingga sejarah mencatatkan bahawa kedatangan tentera Islam dialu-alukan oleh rakyat serta jajahan takluk kedua-dua kuasa besar itu dan akhirnya kuasa rakyat di bawah kekuasaan kedua-dua kuasa besar itulah yang sebenarnya menjatuhkan mereka," katanya.
Kuasa rakyat menghakis kekuasaan kedua-dua kuasa besar itu, katanya, apabila tidak lagi menyebelahi pemerintah mereka sebaliknya mengalu-alukan kedatangan tentera Islam.
Beliau juga menyalahkan konsep negara bangsa (nation state) yang turut menjadi pegangan negara-negara umat Islam kini.
"Konsep tersebut bertentangan sama sekali dengan konsep membebaskan manusia dari penguasaan sesama makhluk apabila rakyat di dalam negara bangsa dikehendaki memberikan ketaatan kepada negara atau menjadi hamba negara atas nama patriotisme.
"Konsep nation state tidak ada pendirian untuk membebaskan manusia dari memperhambakan diri kepada sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah," kata beliau.
Sebab itulah, katanya, umat Islam tidak boleh menaruh harapan kepada negara-negara bangsa untuk memperingati Hari Al-Quds.
"Umat Islam mesti kembali kepada sistem nilai mereka sendiri dan tidak lagi menjadi pak pandir kepada norma-norma yang menguasai sistem kerajaan dan hubungan antarabangsa hari ini.
"Sekurang-kurangnya kita memulakan usaha untuk mendidik ummah ke arah itu dengan membentuk sistem persaudaraan yang tidak mengiktiraf konsep negara bangsa di mana memperingati Hari Al-Quds hendaklah menjadi sebahagian dari agendanya," katanya.
Hari Al-Quds diperingati sejak kira-kira 30 tahun lalu di mana kerajaan Iran selepas kemenangan Revolusi Islam mengajak umat Islam seluruh dunia menjadikan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadhan sebagai Hari Al-Quds.
26 comments:
Islam adalah agama yg syumul,jd sempena bulan ramadan yg mulia ini bersama-sama kita membaca dan menghayati Al-Quran...hanya dengan kembali kpd Al-Quran & As-sunnah shj dapat menyatupadukan umat islam diseluruh donia...
Islam adalah agama yg syumul,jd sempena bulan ramadan yg mulia ini bersama-sama kita membaca dan menghayati Al-Quran...hanya dengan kembali kpd Al-Quran & As-sunnah shj dapat menyatupadukan umat islam diseluruh donia...
Menjelang hari raya i'dilfitri yg bakal tiba..marilah kita semua umat islam bermaaf-maafan...buka buku baru tutup buku lama...ampun dan maaf dipinta...JADI DISINI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SALAM I'DULFITRI MINAL AIDIL WAL FAIZZI KPD SEMUA UMAT ISLAM...AMPUN DAN MAAF SEADANYA..(0-0)...WASSALAM
Menjelang hari raya i'dilfitri yg bakal tiba..marilah kita semua umat islam bermaaf-maafan...buka buku baru tutup buku lama...ampun dan maaf dipinta...JADI DISINI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SALAM I'DULFITRI MINAL AIDIL WAL FAIZZI KPD SEMUA UMAT ISLAM...AMPUN DAN MAAF SEADANYA..(0-0)...WASSALAM
salam semua,
di sini aku nak ucapkan kpd saudara2 aku selamat hari raya, maaf zahir & batin x kira la yg PR atau BN. maaf jika selama ni ada yg tersinggung.
:)
SALAM AIDIL FITRI BUAT SEMUA UMAT ISLAM, MAAF ZAHIR DAN BATIN.
ia mengembalikan diri kita semua sebagai seorang beragama Islam kepada Al-Quran kalam Allah yang Agung
tetapi sekadar kembali tapi tak mengamal sepenuh ajaran yang tertkandung saja tidak cukup
Islam adalah Agama yang cakap serupa bikin
salam eidulfitri...
sebenarnya umat islam seluruh dunia
berhadapan secara langsung dengan yahudi laknatullah...
teruskan perjuangan menegakkan hukum Allah dimuka bumi ini...
terjemahkan apa yang dibelajar di
Madrasatul Ramadhan..Insyaallah!
Kerajaan Perak yg diharamkan tak mampu bayar gaji Iman & Bilal - Kata Zambry
Kesian RM500.00 pun tak boleh bayar. Kemana duit itu dihalakan oleh Zambry?????
Rasul Melayu Ab Khahar Ahmad didakwa, bila pula Nabi Abdulah Badawi, pengasas ajaran sesat Hadhari akan dipenjara?
Raja seksi perempuan akan beraksi diBukit Jalil. Seronok dapat dosa kering pengundi UMNO/BN termasuk Ex Mufti Perlis (Tabuan)
Islam gagal difahamkan kepada bukan Muslim di Malaysia
PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkataisu-isu yang berbau perkauman jika dibiarkan akan terus meruncing di negara ini.
Menurutnya, banyak faktor yang menjadi penyumbang ke arah itu.
"Di samping satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, walaupun sekian lama kita berjaya membendung ketegangan, namun dalam masa yang sama masyarakat bukan Muslim dalam negara ini gagal difahamkan tentang ajaran Islam. MSTAR
MMM...52 TAHUN MEMERINTAH APA YG UMNO BUAT SELAIN MENAKOT2KAN BUKAN ISLAM TENTANG ISLAM...
PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkataisu-isu yang berbau perkauman jika dibiarkan akan terus meruncing di negara ini.
Baru tabuan sedar tetapi dah tiada kuku....buat apa...itu pun masih ampu UMNpigs lagi..
AKHIRNYA YG BERSALAH RASUAH JUGA MENJADI CALON......MAKA MENYOKONGLAH JUAK2 PENCACAI PUCUK PIMPINAN AKAN CALON PERASUAH ITU...APA LA NAK JADI BN NI. YG RASUAH DAN TAKDE INTEGRITI JADI CALON, YG JADI MENTERI PULAK RAMAI DARI GOLONGAN SENATOR...DAH TAKDE CALON AGAKNYA...ISH..ISH..KESIAN..
September 29, 2009 8:37 PM
ANWAR MILIKI KUASA MAKKAL SAKTI http://www.gomounited.com/2009/10/anwar-brahim-miliki-kuasa-makal-sakti.html
1. Nik Aziz telah menyakiti ramai perasaan orang-orang Islam yang mengucap shahadah dan beriman dengan Allah (sebagai Tuhan yang Esa), Nabi Muhammad (sebagai Nabi akhir zaman dan contoh terbaik) dan hari Qiamat (sebagai Kehidupan selepas mati). Ramai penyokong UMNO yang beriman dan bersolat Jumaat dan Berjamaah lima waktu tersinggung dan terguris perasaan dengan dakwaan tersebut. Nik Aziz tiada sikap Ikhwanul Muslimin.
2. Nik Aziz lebih menyokong dan mengakui persahabatan dengan sekutu bukan Islamnya walaupun dengan terang sekutunya itu telah awal-awal menolak syariat Islam. Manakala saudara seagamanya di dalam UMNO ditolak mentah-mentah apabila cadangan perpaduan Ummah Islam diutarakan. Nik Aziz menolak Ikhwanul Muslimin.
3. Nik Aziz memiliki Ilmu agama yang hebat? Sehebat manapun ilmu agama Nik Aziz, Iblis lagi hebat ilmu agamanya, namun kerana ingkarnya dan takabburnya Iblis, iblis telah dilaknat Allah dan akan mendapat balasan neraka (ketetapan yang Allah nyatakan dalan Al-Quran). Nabi Muhammad berdakwah dengan penuh hikmah dan kasih sayang walaupun ditindas oleh orang kafir. Nik Aziz tahu akan perkara ini. Ulama yang keji adalah ulama yang berilmu namun tidak beramal dengan ilmunya.
4. Nik Aziz telah menimbulkan berbagai fitnah di kalangan orang Islam. Ulama yang tawaduk adalah Ulama yang mengasihi saudara seIslamnya dengan cara memujuk kepada perpaduan dan kasih sayang. Ulama yang baik adalah Ulama yang apabila kita melihat wajahnya maka kita akan rasa sayang dan ingat akan kehidupan akhirat, dan apabila ia berkata maka akan bertambah ilmu di dada, dan apabila bergaul dengannya memberi ketenangan dalam hidup. Kami tidak rasa apa-apa pun bila memandang wajah Nik Aziz.
5. Nik Aziz tidak pertahankan Islam secara terbuka apabila Islam dihina secara terbuka oleh sekutu dalam pakatannya. Ini juga fitnah dan mengelirukan orang-orang Islam.
fikirkan2...
6. Nik Aziz bersekongkol dengan kumpulan-kumpulan pemimpin yang menolak Islam dan syariatNya. Juga dengan pemimpin yang telah disabitkan oleh mahkamah sebagai manusia yang bertabiat songsang dan haram dalam Islam. Persekongkolan ini juga adalah fitnah kepada orang-orang Islam.
7. Nik Aziz berpendapat Islam adalah PAS, luar PAS adalah tidak Islam. Nabi Muhammad dan Para Sahabat bukan ahli PAS. Di mana PAS tatkala orang kafir menyembelih orang-orang Islam di Pelestine dan Bosnia? Dengan mendakwa PAS itu Islam juga adalah fitnah agama.
8. Adakah dengan mengundi PAS dijamin Allah masuk syurga. Mana nasnya atau dalilnya? Adakah ‘dakwah’ PAS mirip dakwah Rasulullah yang berdakwah dengan penuh kasih sayang dan hikmah. Adakah PAS berdakwah? Adakah dengan cara mengkafirkan orang-orang Islam lain cara ‘dakwah’ PAS? Adakah Rasulullah tubuhkan sebuah parti dahulu lalu berdakwah? Adakah masuk dan sokong UMNO dikira murtad atau kafir? Apa nas atau dalilnya? Adakah orang-orang DAP yang bukan Islam yang sokong PAS juga dijamin syurga? Adakah orang-orang PKR yang beragama Hindu dijamin Allah masuk syurga Allah jika menyokong dan mengundi PAS? Siapa PAS dan ‘ulama’nya yang boleh tentukan nasib syurga neraka orang-orang Islam lain yang masih bersolat? Adakah Nik Aziz telah diberi jaminan ahli syurga? Rasulullah sendiri tidak pernah menetapkan Firaun dan Hamman itu ahli neraka. Hanya Allah sahaja yang berhak menetapkan seseorang pada syurga dan neraka dan nasib Firaun dan Hamman telah Allah nyatakan dalam Al-Quran dan Hadith Qudsi.
9. PAS tidak lebih dari hanya sebuah parti politik yang memperjuangkan agenda politiknya yang kononnya berteraskan syariat Islam. Adakah dengan mengeji orang Islam lain, memfitnah, mengkafirkan saudara seIslam dituntut dalam syariat Islam? Rasulullah tidak hanya memikirkan Islam untuk manusia di Semenanjung Arab sahaja, bahkan Baginda memikirkan Islam untuk seluruh umat manusia seluruh alam dan zaman hatta bayi terakhir sebelum Qiamat. Adakah PAS betul-betul memperjuangkan nasib orang-orang Islam? Berapa ramai sukarelawan yang dihantar PAS ke Pelestine dan Bosnia ketika umat Islam disana dizalimi. Adakah PAS juga menganggap mereka juga bukan Islam atau Islam celup dan maka tidak salurkan bantuan?
10. Sejarah telah buktikan, Islam berkembang pesat di zaman Rasulullah dan para Sahabat agung kerana adanya ikhwanul muslimin dan satu hati dan kasih sayang di kalangan umat Islam ketika itu. Selain membentuk Iman para Sahabat, Rasulullah juga menekankan aspek-aspek persahabatan dan persaudaraan di kalangan umat Islam dan menghormati orang bukan Islam. Apabila orang Islam berpecah belah, bertelagah dan tiada satu hati, maka berbagai fitnah telah muncul ditengah-tengah empayar kerajaan Islam yang membawa kepada kejatuhannya. Dalam sebuah Hadith ada menyatakan jika umat Islam berpecah belah maka jauhlah dari rahmat Allah. Di Malaysia kini, bagaimana orang-orang Islam hendak bersatu jika ada pihak (orang Islam sendiri) gemar membuat fitnah kepada orang Islam lain. Menolak perpaduan itu sendiri merupakan fitnah. Siapa yang telah menolak perpaduan?
11. Adakah PAS telah betul-betul amalkan pemerintakan Islam di negeri yang mereka kuasai? Adakah dakwah di negeri-negeri tersebut bergerak? Adakah seluruh masjid dan surau di negeri-negeri tersebut didatangi jemaah sehingga melimpah ruah semasa solat Subuh? Atau berapa peratus orang-orang PAS sendiri yang hadir bersolah Subuh berjemaah di masjid dan surau-surau? Di Shah Alam, ditadbir oleh ahli parlimen PAS, masjid dan surau amat lengang semasa solah Subuh Berjemaah, bukan sehari dua, bahkan hari-hari. Inikah Islam yang konon dibawa PAS? Ini bukan Islam tulen, bahkan celup. Rasulullah dan para Sahabat amat titik-beratkan solah Subuh berjemaah di Masjid atau Surau. Di zaman Rasulullah dan Sahabat, golongan munafik dapat ditentukan melalui solahSubuh berjemaah. Maka apabila PAS dan ‘ulama’nya mahu men’celup’kan Islam seseorang, maka teliti dahulu siapakah di kalangan ahli-ahlinya yang benar-benar Islam dan yang munafik (bahasa barat hipokrit).
Fikir-fikirkanlah...
Perawi said:
Raja seksi perempuan akan beraksi diBukit Jalil. Seronok dapat dosa kering pengundi UMNO/BN termasuk Ex Mufti Perlis (Tabuan).
Nih lah jadinya org politik yg main politik atas nama agama abis semua umat islam rosak akidah Pepimpin PAS & penyokong PR slalu jatuh menghukum dosa ,pahala,syurga & neraka pada org yang tak sehaluan mereka.
Aku nak tanya siapa yg bleh tentukan dosa & pahala itu semua?
Semuanya Allah s.w.t yg tentukan.
bukan kata2 putar belit penipu Ulama PAS.
Jgn hanya salahkan kerajaan. jika anak ko buat maksiat/jahat.Nak salah sapa?
salahkan cikgu yg didik?
salah ibubapa yg menjaga?
salah kerajaan yg memerintah?
jgn hanya tuduh org saja...
Jika Islam bersatu tiada sapa dpt kalahkan.
Menghayati Al-Quran...hanya dengan kembali kpd Al-Quran & As-sunnah shj dapat menyatupadukan umat islam diseluruh donia...
adyseptember said...
Aku nak tanya siapa yg bleh tentukan dosa & pahala itu semua? KALAU DAH NYATA MAKAN HASIL BABI TU HARAM DAN BERDOSA MASUK NERAKA..LU FIKIRLAH SENDIRI
Semuanya Allah s.w.t yg tentukan.
bukan kata2 putar belit penipu Ulama PAS..ULAMA HADHARI, MENGHALALKAN HASIL BERZINA DHARURAT KONON...KALAU TAK MELACUR BOLEH MANPUS BARANGKALI AGAKNYA
Jgn hanya salahkan kerajaan. jika anak ko buat maksiat/jahat.Nak salah sapa? MEDIA KERAJAAN BN, TV & SURAT KHABAR....SEMUA ANJUR NYANYI & BERPELUK DALAM DRAMA YG BUKAN MAHRAM...SETIAP KULIT YG BERSENTUH ADALAH DIBAKAR DINERAKA NANTI...PENGUNDI BN DAPAT DOSA SAMA
jgn hanya tuduh org saja...
Jika Islam bersatu tiada sapa dpt kalahkan...52 TAHUN DAH MERINTAH, AJARAN HADHARI BERNABIKAN POK LOH.
DAN ADA RASUL KHAHAR PULA UTK MELAYU UMNPIGS, EX-BEKAS STAFF ZOO
Menghayati Al-Quran...hanya dengan kembali kpd Al-Quran & As-sunnah shj dapat menyatupadukan umat islam diseluruh donia...KALAU DOH UMNO BUAT NEGARA ISLAM, TERNAK BABI DAPAT SUBSIDI RM75 JUTA UTK 200 JUTA EKOR BABI. RASUAH. BERZINA. MABUK ARAK, TAK PAYAH HUKUM SEBAT SEBAB ORG UMNO RAMAI KAKI MABUK...JUDI DLL
SABDA NABI MUHAMMAD SAW " PEMIMUN, PENGHIDANG, PEMBAWA, PENJUAL, PENGILANG...ARAK, AKAN MENDAPAT DOSA YG SAMA"
AKU TAMBAH SIKIT, PENGUNDI BN KERANA MEMANGKAH BN KERANA ME LULUSKAN LESEN ARAK, PUN DAPAT DOSA SAMA...
LESEN JUDI - ENE (4 NO EKOR) TOTO
MU FIKIRLAH SENDIRI, APA YG UMNO LULUSKAN SERTA BERLAWANAN HUKUM ALLAH SWT
Perawi, siapa kata Abdullah Badawi Nabi engkau yang kata orang tak kata pun. engkau dah berdosa dengan kata begitu.
Islam Hadari apa tak kena nya cuba huraikan.
Yang dikatakan Islam baru dan ajaraan baru itu apa dia. Cuba huraikan aku tak fahamlah.
salam editor,
ni dah nak masuk 5hb....
tak abis raye lagi ker???
maaf zahir batin....
Proton Saga said...
Perawi, siapa kata Abdullah Badawi Nabi engkau yang kata orang tak kata pun. engkau dah berdosa dengan kata begitu.
Islam Hadari apa tak kena nya cuba huraikan.
Yang dikatakan Islam baru dan ajaraan baru itu apa dia. Cuba huraikan aku tak fahamlah.
October 3, 2009 8:50 AM
Sebut Hadhari pun tak betul?
Setiap ada ajaran baru mesti ada Nabinya...macam Rasul Khahar - Rasul utk org UMNO yg perjuangkan Melayu. Hadhari bernabikan Pok Loh.
Huraian kau tanya Pok Loh sendirilah...Hasil Melacur halal oleh Dr Masitah. Ada lesen semua halal....dan lain-lain.
Setiap ada Hadhari, Pok Lohlah Nabinya
Aku nak tanya siapa yg bleh tentukan dosa & pahala itu semua?
Perawi:
nih jawapanya dibawah...
Semuanya Allah s.w.t yg tentukan.
kita sebagai hamba NYa sahaja.Bukan Urusan ko... bukan kerja Nik aziz..
Bukan kata2 jatuh hukum & putar belit penipu Ulama PAS.
PROMOSI MUSLIM TOUR
"mari pakat gi jale"
TIANJIN-BEIJING 6H5N
HARGA DARI RM340
Post a Comment