Tuesday, January 22, 2008

PM diminta perjelaskan isu kepada semua rakyat


KUALA LUMPUR, 22 Jan: Perdana Menteri dicadangkan memberikan taklimat terbuka isu-isu semasa bukan tertutup untuk para pemimpin Umno sahaja tetapi kepada semua rakyat kerana mereka memerlukan penjelasan dari PM.

Cadangan ini dikemukakan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam kenyataannya hari ini.

Beliau mengulas pertemuan PM bagi memberikan taklimat tertutup isu-isu semasa kepada para pemimpin Umno semua peringkat di PWTC hari ini.

Laporan penuh dalam Siasah Ahad ini

1 comment:

guru said...

Ahli Politik Gua Musang

Assalamualaikum semua,

Semoga berada dalam keadaan baik hendaknya, Daerah Gua Musang adalah daerah yang paling luas dan paling jauh dari pusat pentadbiran negeri Kelantan, walaubagaimanapun rakyatnya agak terbuka dan terdedah dengan pengaruh dari luar negeri yang berhampiran dengan daerah ini iaitu Pahang dan Perak. Kawasan ini banyak dihuni oleh orang melayu, cina, india dan kaum asli. Saya ingin menjelaskan disini bahawa wakil rakyat yang menjadi wakil kepada rakyat di daerah ini kebanyakkannya tidak bekerja untuk rakyat tapi bekerja untuk kepentingan diri sendiri dan mengkayakan diri sendiri, ini dapat dilihat apabila rakyat yang duduk dikawasan terpencil contohnya seperti Pos Balar tidak mendapat perhatian yang secukupnya daripada wakil rakyat yang ada, baik pulak menteri besar kelantan yakni Tuan Guru Nik Abdul Aziz minta sahaja terus dapat, minta jalan terus dapat jalan, tapi apabila minta dengan wakil rakyat Barisan banyak karenahnya, kena buat surat macam-macam, tapi tunggu punya tunggu tak dapat-dapat pun, apabila rakyat menyuarakan masalah, dimarahinya rakyat itu, untuk pengetahuan semua sebenarnya mereka ini tidak mahu menang, mereka sengaja mengadakan-adakan cerita supaya mereka dapat terus berada di daerah ini, dan terus menindas orang asli di kawasan gua musang ini, hidup orang asli semakin hari semakin teruk, tapi mujurlah ada orang PAS yang sentiasa membantu mereka, walaupun sedikit bantuan yang mereka terima tapi cukuplah untuk mengalas perut mereka, ahli barisan melaung-laungkan bahawa mereka akan melakukan pembangunan di kawasan ini, tapi kalau dilihat semakin hari semakin banyak tanah dikawasan ini djual kepada orang luar………ini lah yang dikatakan wakil rakyat, lantik ketua cawangan daripada orang yang boleh dicucuk hidungnya…….dan tak menentang mereka, pemimpin barisan kat sini pun pernah berkata, kalau dah ramai orang jadi pandai maka tak akan ada orang lagi yang nak berjumpa dengan mereka….alahai!!! sempitnya pemikiran wakil rakyat yang berada di Gua Musang ini…….fikirlah wahai rakyat jelata semua…kalau ada yang terbaca tulisan ini tolonglah selamatkan kami daripada ahli politik yang lintah darat ini, mereka ini bukan menjadi wakil kepada rakyat tetapi menjadi wakil kepada diri sendiri……….inilah pemimpin UMNO, rasanya semua pemimpin UMNO macam tu semua kali kot!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...