Oleh HARIS ZALKAPLI
Apa yang sedang berlaku di Yaman berkait langsung dengan perubahan kepimpinan dan aliansi selepas kebangkitan massa yang akhirnya menyebabkan Presiden Ali Abdullah Saleh yang telah memerintah selama 33 tahun diundurkan.
Perkembangan ini turut berkait langsung dengan persaingan kuasa-kuasa serantau Asia Barat, yang juga dikesankan oleh kebangkitan rakyat yang bermula pada 2011.
Konflik yang telah berlangsung sejak hujung tahun lalu ini juga berkait dengan kepentingan kuasa-kuasa serantau di sana, yang lebih meluas daripada persaingan proksi antara Arab Saudi dan Iran - atau Sunni dengan Syiah - seperti yang dilihat oleh sesetengah pihak.
Banyak pihak terlibat dalam krisis terbaharu ini, walaupun tumpuan banyak diberikan pada kumpulan pemberontak Houthi yang beraliran Syiah Zaidiyah dengan kubu kuat di utara Yaman bersempadan dengan Arab Saudi.
Politik Yaman kuat dicorakkan oleh kuasa puak-puak berpengaruh yang menguasai kerajaan sejak pemerintahan Syiah Zaidiyah ditamatkan dan Yaman muncul sebagai sebuah negara republik, satu-satunya di Semenanjung Arab.
Aliran Zaidiyah yang disebut hakikatnya bukan garis pemisah atau penentu paling utama - walaupun tidak dinafikan peranan pentingnya - seperti tanggapan sesetengah pihak, kerana Houthi turut mendapat sokongan Sunni, dan Ali Abdullah yang memerangi Houthi selama pentadbiran beliau juga bermazhab Syiah Zaidiyah.
Selain Houthi, kumpulan lain yang terlibat termasuk kelompok Salafi yang mempunyai pengaruh kuat di Yaman selama ini, dan Ikhwan al-Muslimin, yang bersama Salafi dan keluarga berpengaruh al-Ahmar - keluarga paling kuat dalam gabungan puak Hashid - membentuk Parti Islah yang ditubuhkan pada 1990, sekutu kuat Presiden Ali Abdullah sehingga beliau berundur.
Salafi mempunyai pengaruh kuat di Yaman hasil hubungan baik dengan kerajaan Ali Abdullah dan kerajaan Saudi, yang menggunakan mereka sejak sekian lama untuk menangani pesaing seperti Parti Sosialis Yaman - yang menguasai Yaman Selatan sehingga penyatuan pada tahun 1990 - dan kumpulan-kumpulan lain.
Salafi, dipimpin Abdul Majid al-Zindani merupakan seteru kuat Houthi, yang menjadi satu punca tindakan keras Houthi terhadap Universiti al-Iman, pusat kegiatan Salafi dan dikaitkan juga dengan al-Qaeda, yang kini menjadikan Yaman sebagai salah satu pangkalannya.
Houthi terlibat dalam konflik bersenjata dengan kerajaan, terbaharu sejak 2004 hingga 2011, dan berhasil mencapai matlamat mereka sedikit demi sedikit terutama melibatkan wilayah dikuasai. Perkembangan terkini menyaksikan Houthi mendapat kelebihan paling besar.
Islah yang kini dikuasai Ikhwan memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Ali Abdullah hasil kebangkitan yang bermula pada 2011, menjadi satu sebab permusuhan bekas presiden itu terhadap Islah.
Islah menjadi broker penting dalam perjanjian mengundurkan Ali Abdullah - yang turut melibatkan Arab Saudi, pihak yang membantu presiden itu berundur dengan selamat - dan menyerahkan jawatan presiden kepada orang nombor dua, Abd Rabbuh Mansur Hadi.
Ikhwan yang tidak berpuas hati dengan aturan itu, hingga menjejaskan hubungan Islah dengan Riyadh dan mendorong Qatar berusaha melebarkan pengaruh di Yaman bermula 2011 dengan memberikan sokongan kepada Islah, selari dengan dasar menyokong Ikhwan di Mesir dan Syria sepanjang kebangkitan.
Bermula 2011, Islah merapatkan diri dengan Qatar dan Turki, dua pemain serantau yang mempunyai agenda untuk meluaskan pengaruh di seluruh rantau Arab, dan pada sekaligus melebarkan lagi jurang dengan sekutu lama Arab Saudi.
Ali Abdullah turut memusuhi keluarga al-Ahmar, setelah dikhianati oleh Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar semasa kebangkitan yang akhirnya menjatuhkan Ali Abdullah. Puak Ali Abdullah dan keluarga al-Ahmar kedua-duanya daripada puak yang sama, Sanhan, dan kedua-duanya mempunyai pengaruh masing-masing dalam gabungan puak Hashid.
Persaingan Ali Abdullah dengan keluarga al-Ahmar - walaupun mengekalkan kerjasama demi kepentingan kuasa - sejak sekian lama akhirnya menjadi permusuhan yang jelas ekoran perubahan politik yang dramatik pada 2011.
Pemberontak Houthi berkongsi kepentingan dengan Ali Abdullah dan penyokongnya dalam hal Islah dan keluarga al-Ahmar, yang menjadi penentang kuat Houthi selama ini.
Hal ini menyebabkan Ali Abdullah dilihat berperanan aktif dalam membantu kemaraan Houthi ke Sanaa dan keupayaan menguasai ibu negara dalam masa sebulan tanpa tentangan yang setara.
Kepentingan yang pelbagai dilihat dalam krisis terbaharu ini, yang memperlihatkan pihak yang tidak sehaluan selama ini berkongsi kepentingan yang sama, seperti Tehran dan Riyadh yang masing-masing mendapat manfaat melalui peningkatan pengaruh Houthi dan pengunduran Ikhwan al-Muslimin.
Saudi mengetuai kempen serantau bersama Emiriyah Arab Bersatu dan Kuwait dalam mematahkan kemaraan Ikhwan yang disokong Qatar, sebelum ini di Mesir dan kini di Yaman.
Pengaruh Saudi merosot di Mesir dan Yaman ekoran perubahan politik sepanjang kebangkitan yang bermula pada 2011, tetapi perkembangan di Mesir dan Yaman membantu memelihara kembali kepentingan Riyadh.
Perkembangan terbaharu di Yaman ini bakal membawa implikasi yang berpotensi memanjangkan lagi pertembungan, mengundang reaksi balas yang keras daripada kumpulan-kumpulan yang melihat kebangkitan Houthi - dan kepentingan Syiah Zaidiyah serta perluasan pengaruh Iran yang dikaitkan dengannya - sebagai satu ancaman besar.
Perjanjian yang dicapai membuka ruang kepada satu proses pemulihan dan pembinaan negara yang baharu, tetapi rasa tidak puas hati antara pihak yang bermusuh selama ini dijangka akan terus kekal.
Hal ini jelas dapat diperhatikan berdasarkan kelebihan yang diperolehi oleh Houthi hasil perjanjian yang telah dicapai, yang memberikan pihak Houthi perkara-perkara penting yang menjadi tuntutan mereka termasuk lebih diwakili dalam pemerintahan baharu, termasuk suara dalam pemilihan perdana menteri.
Pada masa sama, situasi tidak stabil yang telah berlarutan sejak sekurang-kurangnya lima tahun lalu bakal menyuburkan lagi elemen militan di negara itu, yang menjadi semakin meluas ekoran peningkatan aktiviti bersenjata kebelakangan ini.
Politik identiti yang dibawa oleh pemberontak Houthi, golongan Salafi yang semakin tercabar dan cuba dipinggirkan, dan pemain-pemain penting daripada puak-puak dan keluarga-keluarga berpengaruh yang turut tergugat bakal meningkatkan elemen sektarian dalam kekacauan di Yaman.
Persaingan antara kuasa-kuasa serantau juga mampu menjadi lebih sengit, apabila pihak-pihak bertelagah kini mempunyai keperluan yang lebih besar untuk menharapkan sokongan daripada pihak yang sedia membantu, terutama kuasa-kuasa serantau yang memiliki kemampuan kewangan dan bantuan lain termasuk senjata. - September 25, 2014
Blog analisis, komentar dan berita politik Malaysia. SiasahDaily bukan versi internet Siasah cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan akhbar tersebut.
Friday, September 26, 2014
Wednesday, September 24, 2014
PAS tidak khianati rakan tahaluf
Isu kedudukan PAS dalam kerjasama politik Pakatan Rakyat tidak henti-henti diperdebatkan, dalam kerangka sama ada PAS akan kekal dalam PR atau keluar dan bergabung dengan Umno.
Persoalan yang berbentuk spekulasi dan malah fitnah ini telah didengari sejak 2008, dan sejak itulah dakwaan ini tidak putus dinafikan oleh pimpinan tertinggi parti.
Tahun ini, dalam muktamar tahunan di Batu Pahat, Johor, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar sekali lagi menegaskan yang PAS kekal bersama PR.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan rakan tahaluf agar menghormati PAS, tidak membelakangi PAS dalam menghasilkan sebarang "rancangan besar," sentimen yang dirasai ramai dalam parti berhubung rancangan Langkah Kajang.
Rancangan menukar menteri besar Selangor dan meletakkan pemimpin lain tidak dipersetujui oleh PAS yang melihat tidak ada keperluan untuk tindakan ini - yang merupakan satu rancangan besar - dilaksanakan.
Abdul Hadi mengingatkan ahli yang tahaluf siyasi bersama PR ialah sesuatu yang perlu diteruskan dengan istiqamah, tetapi dengan memastikan parti menjadi lebih kuat hasil kerjasama ini.
"Tahaluf yang dilaksanakan ini mestilah memperkuatkan parti, dan bukan sebaliknya. Amat malang sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," tegas Abdul Hadi, merujuk kepada sikap sesetengah ahli yang kuat dipengaruhi agenda pihak di luar parti hingga menjejaskan parti sendiri.
Beliau turut mengingatkan yang perjuangan PAS ialah perjuangan Islam yang berpaksikan aqidah tauhid, dan bukan perjuangan politik biasa.
Selari dengan itu, beliau menegaskan yang PAS sememangnya bersama PR dan tidak akan khianat, menolak dakwaan PAS mahu bersama Umno sebagai fitnah.
"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaluf kita, maka kita minta rakan tahaluf kita juga tidak memgkhianati tahaluf ini.
"Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," tegas Abdul Hadi.
"Dalam masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya PAS mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah belahkan keutuhan jamaah kita," tegasnya lagi.
"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali Allah."
PAS kebelakangan ini sering dipersoalkan dan didakwa mahu bekerjasama dengan Umno dalam mengekalkan kerajaan di Selangor, sebagai lanjutan dakwaan-dakwaan sebelum ini.
Penegasan terbaharu Abdul Hadi ini menjawab sekali lagi dakwaan yang PAS mahu bersama dengan Umno dengan jawapan tegas yang PAS tidak mengkhianati tahaluf siyasi. - September 18, 2014

Friday, September 12, 2014
Akta Hasutan hangatkan persaingan liberal-konservatif dalam Umno
Oleh HARIS ZALKAPLI
Tiga tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak mengambil satu tindakan mengejutkan apabila memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, ISA, dalam suasana negara menunggu Pilihan Raya Umum ke-13.
Tindakan Najib itu menggerakkan pemerintah Umno dan Barisan Nasional ke arah yang lebih liberal, sehingga mencetuskan kegusaran dalam parti itu yang sebahagian besar ahlinya cenderung konservatif.
Pada masa itu, ramai pemerhati melihat dengan optimis tetapi berhati-hati terhadap tindakan berani Najib yang tidak dijangka itu.
Dalam parti, tindakan memansuhkan ISA yang dilihat sebagai satu instrumen penting untuk memelihara keselamatan negara dilihat sebagai satu lagi tindakan yang menunjukkan kecenderungan liberal Najib.
Najib mula dilihat berkecenderungan lebih liberal apabila memunculkan retorik 1 Malaysia yang dilihat sebagai didasari atau bersumber fahaman liberal, yang tidak selari dengan pegangan ketuanan Melayu yang dipertahankan Umno selama ini.
Debat berhubung Akta Hasutan 1948 hari ini sekali lagi menghangatkan persaingan liberal dan konservatif dalam Umno, yang berlangsung dengan sengit dalam era Najib yang mencabar ini.
Gelombang pendakwaan menggunakan Akta Hasutan yang sedang berjalan ini memperlihatkan Najib sebagai pemimpin yang semakin autoritarian, tetapi pada masa sama beliau menunjukkan yang akta itu akan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional yang dilihat sebagai lebih disenangi kelompok liberal di dalam dan luar parti.
Kelompok konservatif tidak mahu Akta Hasutan dimansuhkan kerana menganggapnya sebagai penting untuk memelihara kesejahteraan negara.
Selepas ISA dimansuhkan, konservatif melihat pemansuhan Akta Hasutan akan meruntuhkan satu lagi benteng penting pertahanan keselamatan dan keharmonian negara.
Najib pada 11 Julai, 2012 berjanji yang Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. "Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea," kata Najib dipetik Bernama.
"Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia yang mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan komuniti diimbangi."
Sentimen menyokong Akta Hasutan ini diwakili oleh tokoh Melayu konservatif Datuk Ibrahim Ali yang lantang menyuarakan penentangan terhadap usaha memansuhkan akta tersebut. Beliau dilapor berkata akta ini masih diperlukan untuk mencegah perkara yang boleh mengancam keselamatan negara.
Beliau yang juga pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Memorandum Perpaduan Nasional turut menggesa Akta Hasutan ditambahbaik untuk menangani hasutan dan penghinaan agama yang dilakukan di media sosial.
"Cegah sebelum musnah. Kalau pemimpin Umno dah faham apa dalam fikiran orang Melayu, ini petanda baik. Masih ada talian hayat. Kekalkan dan tambah baik Akta Hasutan," katanya dipetik Astro Awani.
Beliau berkata demikian menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor berkata kerajaan sedia meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain bagi menangani penghinaan dan hasutan di media sosial.
Muhyiddin dilihat sebagai mewakili kelompok konservatif dalam Umno, yang mendapat sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi pengkritik kuat terhadap kecenderungan liberal Perdana Menteri Najib dan kemaraan tokoh-tokoh liberal dalam Umno seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Kritikan terhadap Najib dan liberal dalam Umno juga muncul ekoran kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah, ketua pegawai eksekutif Yayasan Kesederhanaan Global, GMMF, sebuah badan yang dibina untuk melonjakkan imej moderat Najib di peringkat antarabangsa.
Saifuddin mengambil pendirian menyokong pemansuhan Akta Hasutan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional, dan secara konsisten menulis di Twitter menyertai kempen memansuhkan Akta Hasutan.
Saifuddin menunjukkan sokongan kepada akademik Universiti Malaya yang didakwa, Azmi Sharom, dan menganggap pendakwaan itu menyekat kebebasan akademik.
Beliau menganggap pelaksanaan Akta Hasutan kini sebagai bersifat drakonian dan selektif. Katanya, Najib perlu disokong untuk memansuhkan Akta Hasutan. "Rakyat perlu menggalakkan dia untuk melakukannya. Tidak semua orang di sekeliling Najib mempunyai pemikiran yang sama dengan dia. Jika beliau mahu melakukannya, maka rakyat harus memberi sokongan kepada mereka," katanya dipetik media.
Saifuddin tewas di kerusi Parlimen Temerloh dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, dengan sebahagian puncanya ialah penolakan ahli-ahli Umno terhadapnya ekoran kecenderungan liberal beliau.
Akta Keharmonian Nasional terus menerima reaksi bercampur-campur daripada kalangan ahli Umno dan tokoh-tokoh Melayu.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada Julai lalu dilapor berkata Majlis Konsultasi Perpaduan Negara yang menyumbang kepada penggubalan Akta Keharmonian Nasional dikuasai kelompok liberal.
Abdul Hamid yang menolak tawaran mempengerusikan majlis itu dilapor berkata majlis itu dibimbangi diperalat untuk menghakis hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.
"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," beliau dipetik berkata.
Satu pandangan konservatif turut disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia julai lalu, tulisan pemerhati politik, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim.
Beliau menegaskan, "Kita sememangnya cukup bimbang sekiranya Rang Undang-Undang Harmoni Nasional yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 terlampau menjulang Perkara Lapan Perlembagaan Persekutuan.
"Perkara Lapan yang memperuntukkan kesamarataan itu sehinggakan mengetepikan pula empat perkara sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahasa Kebangsaan (Perkara 152), kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153), kedaulatan Raja-Raja Melayu (Perkara 181) dan Bahagian III berkaitan kerakyatan (Perkara 14-30).
"Kekhuatiran ini pada dasarnya berasas kerana kelihatannya ketika ini yang berlegar-legar dalam fikiran sebahagian ahli berfahaman liberal dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Negara agak menjurus untuk menguar-uarkan Perkara Lapan Perlembagaan Persekutuan," tulisnya.
Kritikan keras terhadap Najib bakal meningkat lagi ekoran perkembangan terbaharu ini, dan ini diburukkan lagi oleh kemerosotan hubungan beliau dengan Mahathir kebelakangan ini.
Wartawan veteran Abdul Kadir Jasin pada April lalu menegaskan yang lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bertemu Najib dijelaskan oleh dasar liberal yang dilaksanakan Najib.
Debat berhubung isu pemansuhan Akta Hasutan ini, dan penggubalan Akta Keharmonian Nasional kini menunjukkan dengan jelas perbezaan pemikiran dalam kalangan liberal dan konservatif dalam Umno, dan menjadi ujian terkini terhadap Najib dalam usahanya melaksanakan perubahan ke arah yang lebih liberal untuk memelihara kedudukannya. - September 9, 2014

Wednesday, September 10, 2014
Cabaran dasar luar Turki era Erdogan-Davutoglu
Oleh HARIS ZALKAPLI
Turki kini menerima presiden dan perdana menteri baharu yang dijangka akan secara bersama berperanan lebih aktif dan meluas dalam pemerintahan negara
itu, termasuk melibatkan hal dasar luar.
Gandingan Presiden
Recep Tayyip Erdogan dengan Perdana Menteri Ahmet Davutoglu dijangka memberi tumpuan
pada politik serantau dan global dalam usaha meningkatkan lagi profil Turki di mata dunia, selepas sedikit tergendala ekoran kesan-kesan daripada kebangkitan massa dan perubahan landskap politik serantau.
Berikut ialah keadaan hubungan Turki dengan kuasa-kuasa serantau dan
global, memperlihatkan apa yang bakal dihadapi oleh Erdogan-Davutoglu.
- Arab Saudi dan sekutu di Teluk Parsi
Arab
Saudi dan sekutu-sekutu kuatnya di Teluk Parsi berpendirian
bertentangan terhadap kebangkitan massa di rantau Arab dengan Turki,
yang melihat secara positif kebangkitan yang dinilai sebagai
pendemokrasian itu.
Secara umumnya, Ankara dan Riyadh memimpin dua arus yang
bertentangan ini, satu pihak menyambut perubahan radikal dalam politik
manakala satu pihak lagi mahu status qou dipelihara.
Walau
bagaimanapun, di Syria, Turki dan Saudi berada di pihak yang sama untuk
satu tempoh, apabila kedua-duanya menyokong penentang pemerintah
walaupun matlamat akhir masing-masing berbeza.
Pertembungan kepentingan utama Turki dan Saudi pada masa
ini ialah Mesir, yang kembali dikuasai kelompok mesra Saudi, yang
merampas kuasa daripada sekutu Turki, Mohamed Morsi dan Ikhwan al-Muslimin.
- Dunia Islam
Pengaruh Turki semakin
meningkat sejak sedekad lalu, apabila pemerintahan AKP meneruskan usaha memulihkan
ekonomi Turki dan mencapai satu tahap yang tinggi, menjadikan politik lebih stabil dan meningkatkan peranan
diplomasi Turki di rantau Asia Barat.
Diplomasi dan aktivisme pertubuhan masyarakat sivil
melibatkan seluruh dunia Islam melonjakkan nama Turki, ditambah dengan
populariti Erdogan yang mendapat liputan positif media.
Turki
di bawah Presiden Erdogan dan gandingannya dijangka berusaha
meningkatkan lagi imej Turki di dunia Islam, paling utama melalui
peranan dalam isu Palestin, dalam dasar yang digelar neo-Uthmaniyyah
oleh pemerhati.
Turki kini sedang memulihkan kedudukan di Asia
Barat ekoran perkembangan melibatkan kebangkitan rakyat yang kini
mendatangkan akibat yang tidak menyebelahinya.
- Mesir
Mesir ialah negara yang
diharapkan untuk meluaskan pengaruh Turki di rantau Arab, melalui
hubungan baik kerajaan AKP dengan Ikhwan al-Muslimin.
Hubungan Ankara-Kaherah meningkat apabila Perdana Menteri
Recep Tayyip Erdogan mendapat sekutu Ikhwannya menguasai pemerintahan
Mesir, mengambil alih daripada rejim yang berhubungan baik dengan Saudi.
Perubahan itu menyediakan peluang untuk Ankara menjalankan agenda dasar luarnya, melibatkan Mesir, Gaza dan seluruh rantau Arab. Ankara juga mendapat manfaat apabila dilihat sebagai memimpin Kaherah melalui satu transisi ke arah politik yang lebih demokratik.

Hubungan baik ini walau bagaimanapun terhenti apabila
Morsi dijatuhkan oleh penentang Ikhwan dengan kerjasama pihak tentera
yang masih mempunyai kuasa. Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Kuwait
segera memberi bantuan kewangan untuk mengukuhkan pemerintahan baharu
yang dikuasai tentera.
- Amerika Syarikat dan Eropah
Turki
ialah sebuah negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato,
yang penting kerana kedudukannya di antara Eropah dan Asia Barat yang
sentiasa bergolak.
Amerika Syarikat memelihara hubungan baik dengan Turki
kerana kepentingan tersebut, serta untuk memelihara sebuah negara Islam
yang sekular dan demokratik. Turki juga satu-satunya negara Islam dalam
pertubuhan keselamatan kolektif itu.
Hubungan Turki dengan AS terjejas ekoran tindakan Ankara
mengambil tindakan dasar luar yang lebih bebas sehingga menjejaskan
hubungan dengan AS dan Israel.
Di bawah AKP, Turki kelihatan lebih menumpukan pada sebelah Asia,
termasuk membina hubungan lebih rapat dengan Pertubuhan Kerjasama
Shanghai yang dipimpin China dan Rusia, pada masa usahanya untuk
diterima sebagai anggota Kesatuan Eropah semakin sukar.
- Israel
Hubungan Turki-Israel
terjejas teruk akibat peristiwa serangan komando Zionis ke atas kapal
bantuan kemanusiaan Turki, Mavi Marmara dan mengorbankan warga Turki
pada 2010.
Peristiwa ini berlaku pada masa Turki dilihat sebagai
semakin cenderung ke dunia Islam dan mengabaikan hubungan dengan Barat,
tanggapan yang semakin kuat susulan serangan itu kerana nama Turki
melonjak naik di dunia Islam.
Peningkatan hubungan Turki dengan Hamas dan tumpuan pada
isu Palestin menyebabkan profil Turki dan Erdogan yang semakin baik,
yang diperlukan dalam meluaskan pengaruhnya.
Dasar
luar baharu Turki ini menjejaskan hubungan dengan Israel hingga ke saat
ini. Erdogan sebagai presiden dijangka meneruskan
tumpuan pada Palestin dan menjadikan hubungan dengan Israel terus
dingin, walaupun Turki kekal mempunyai hubungan diplomatik dengan
Israel.
- Syria
Syria mempunyai
beberapa isu kritikal dengan Turki sejak pemerintahan Presiden Hafez
al-Assad, antaranya melibatkan militan Kurdi dan bekalan air, tetapi
hubungan kedua-dua negara berada di tahap yang sederhana.
Di bawah Presiden Bashar al-Assad dan Perdana Menteri Erdogan, hubungan semakin baik, tetapi kemudian Turki terlibat dalam usaha memerangi pemerintahan Assad dengan menyokong dan menyalurkan senjata kepada penentang kerajaan.
Pemerintahan Assad berjaya bertahan selepas lebih tiga tahun menghadapi konflik bersenjata, menjadikan hubungan kedua-dua negara semakin sukar, lebih-lebih lagi memandangkan Davutoglu sebagai perdana menteri akan berdepan dengan Bashar al-Assad yang cuba dijatuhkan sebelum ini.
Sempadan yang luas antara kedua-dua negara, kewujudan Kurdi yang boleh mendapatkan bantuan dari Syria dan isu lain dicetuskan oleh konflik bakal menyukarkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.

- Iraq
Turki dalam hal ini dilihat menyumbang kepada perpecahan Iraq, kerana tindakannya mengambil kesempatan berurusniaga dengan kerajaan Kurdistan tanpa mengambil kira kerajaan pusat di Baghdad.
Turki juga didakwa terlibat dalam melindungi dan membantu pembangkang Sunni di Iraq. Hubungan Turki-Iraq berpotensi untuk terus sukar, terutama disebabkan isu kerajaan Kurdistan dan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan al-Syam.
Barat telah mula membekalkan senjata kepada kumpulan Kurdi untuk berdepan dengan ISIS, perkembangan yang berpotensi memberi kesan kepada Turki pada masa akan datang.
- Qatar
Ankara dan Doha ialah pendukung utama Ikhwan di Mesir dan Syria, yang cuba dipengaruhi peralihan kepimpinannya. Kedua-dua negara juga merupakan sekutu rapat Hamas, dan boleh berperanan dalam isu Palestin, yang mencetuskan reaksi daripada negara-negara Arab.
Hubungan dengan Qatar - negara Arab Teluk yang mengekalkan hubungan paling baik dengan Turki - semakin selari sejak bermula kebangkitan Arab dan kedua-dua memiliki kelebihan masing-masing untuk menguasai atau berhubungan baik dengan negara-negara yang dilanda kebangkitan, daripada Mesir dan juga Syria.
Turki dan Qatar terjejas selepas kepimpinan Mohamed Morsi di Mesir dijatuhkan, dan kepimpinan baharu disokong kuat Saudi dan sekutu Arab Teluk lain.
- Iran
Kedua-dua Turki dan Iran bersempadan dengan Iraq dan terkesan dengan krisis dan konflik yang berlaku. Kedua-dua kuasa juga bersaing melebarkan pengaruh di Asia Tengah, tetapi Ankara melihat hubungan dengan Iran dapat membantu dalam banyak hal.
Turki memerlukan kerjasama Iran dalam membantunya menghadapi realiti politik serantau baharu. Hubungan Ankara-Tehran semakin baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pada masa sama hubungan Turki dengan negara-negara Arab, terutama Arab Saudi dan Mesir, merosot teruk ekoran dasar Ankara menangani kebangkitan Arab dan respons kedua-dua kuasa Arab tersebut.
Hubungan politik dan perdagangan Turki-Iran semakin meningkat, dan Turki melihat Iran sebagai rakan strategik yang penting pada masa ini dan masa hadapan.
- Rusia
Kedudukan geografi Turki di laluan eksport tenaga dari Rusia ke Eropah memberi kelebihan kepada Turki dalam hubungan dengan kedua-dua kuasa. Kebangkitan Rusia juga mendorong Turki melihat Rusia sebagai rakan yang semakin penting untuk didekati dan dikekalkan hubungan yang baik.
Turki pula menjadi satu lagi negara Islam yang berpotensi membina hubungan lebih baik dengan Moscow selepas Iran, yang kedua-dua Turki dan Iran berada di kedudukan strategik.
Ankara dan Moskow saling memerlukan bukan sahaja dalam perdagangan tetapi kestabilan politik di wilayah Laut Hitam dan bekas Soviet yang dikongsi bersama, dan juga melibatkan wilayah Rusia dan bekas Soviet yang didiami warga rumpun Turki. - Ogos 24, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)