Tuesday, January 10, 2012

Selepas Anwar bebas, peluang Najib kukuh imej antarabangsa

Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat membuka lembaran baharu politik negara dan politik imej Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Anwar sendiri mendakwa pembebasannya berkait dengan tekanan antarabangsa ke atas pentadbiran Najib.

Menurut Anwar, seperti dilapor AFP, Najib dipercayai menerima "bisikan daripada pemimpin-pemimpin asing" berkaitan kes liwat Anwar, yang dilihat sebagai satu konspirasi politik.

Najib dijangka menghadapi kos politik yang tinggi sekiranya Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan - walaupun pembebasannya juga memberi kesan negatif jangka pendek kepada pemerintah - yang sebahagiannya termasuk reaksi daripada negara dan pertubuhan bukan kerajaan Barat.

Satu agenda utama Najib berkaitan imej antarabangsanya ialah imej Muslim moderat yang cuba dibawa melalui Pergerakan Moderat Global, GMM yang akan dilangsungkan tidak lama lagi.

GMM yang menjadi instrumen baharu dasar luar pentadbiran Najib akan terjejas sekiranya Anwar didapati bersalah atas satu kesalahan yang dilihat bertentangan dengan pendirian moderat di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi oleh negara Barat.

Najib selama ini cuba menunjukkan sikap moderat dalam banyak hal melibatkan politik tempatan dan anatarabangsa, sehingga pernah mengaitkan sebuah kumpulan Islam di Mesir dengan terorisme.

Usaha terbaharu Najib ini, yang dipertingkatkan selepas imej beliau dipulihkan oleh pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat yang dikaitkan dengan konspirasi pemerintah, mampu mendapatkan sokongan yang diperlukan di medan antarabangsa.

Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam satu kenyataan ringkas memuji keputusan mahkamah membebaskan Anwar, yang disifatkan "memberi gambaran positif kepada kebebasan kehakiman di Malaysia."

2 comments:

Anonymous said...

Keputusan mahkamah tiada kaitan dengan Najib Razak. Anwar sendiri sudah mengakui akan kebebasan badan kehakiman negara. sepatutnya beliau dan penyokong lebih banyakan solat taubat dan shukur. semuga keredaan Allah dapat dirasai nikmatnya bersama.
Kurangkanlah politiking dan banyakan kerja untuk kebaikan rakyat Malaysia tercinta ini.

Anonymous said...

kalau anwar mengatakan keputusan pembebasan beliau adalah tekanan antarabangsa.Ini bermakna beliau tidak puas hati dengan keputusan itu.Apakah kepuasan yang dia mahu ?.Jawapan hanya ada dua sahaja yaitu salah atau tak salah(bebas).Ini bermakna dia tahu dia salah tetapi mengapa BEBAS.Sungguh hairan ???? adakah dia sendiri mahu masuk penjara ??? Amat pelik dan hairan mengapa beliau beri pandangan tersebut.Kalau masuk penjara hukuman 20+64=84 tahun ,sudah terlalu tua untuk aggresive politik.Hanya tunggu politik dengan malikilmaut .Analisa atau kaedah yang akan digunakan untuk meraih undi pada pru ke-13 nanti.SEkira anwar masuk penjara ,apa akan berlaku nanti 1)The future Perdana Menteri didalam penjara ,marilah kita raayat malaysia bebaskan anwar ..dia dianinya olh Kerajaan Najib.Isu ini akan ditiup dipelusuk negara,dari kampong sampai kebandar,sebarkan kepada kanak2, tua muda,lelaki /perempuan,semua bangsa dimalaysia.Kita gulingkan kerajaan Barisan National melalui setiap undi simpati rakyat dipruke-13 nanti.Satelah menang pilihanraya sudah tentu Anwar dibebaskan PEMIMPIN AL-MAHDI(HERO BARU) Rasa-rasanya kaedah ini yang paling utama dilakukan.ALHAAMDULLILAH ,ALLAH SUBHANAWATAALLA TELAH MENGERAKAN HATI HAKIM UNTUK MELAFAZKAN ANWAR IBRAHIM BEBAS DIDUNIA.INILAH PERANCANGAN UTAMA YANG TELAH DIBUAT OLEH PKR,PAS DAN DAP termasuk bersih satu,bersih dua ,bebas anwar 901 dan kita tunggu macam2 lagi kempen jahat untuk KEPENTINGAN MEREKA.FIKIRKAN TUAN/PUAN ORANG YANG BIJAK PANDAI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...