Thursday, January 14, 2010

Kenyataan Media : Keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar MB Perak yang sah??


Merujuk kepada isu yang disebarkan melalui sms mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang berpihak kepada MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan media seperti dibawah ;-  
1. Saya menafikan bahawa pihak Mahkamah Rayuan telah mengumumkan bahawa siapakah MB Perak yang sah.  
2. Namun begitu, pendengaran kes dihadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telah pun telahpun lengkap dan habis bagi peguam dipihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kenyataan ini dikeluarkan saya mengesahkan bahawa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan. Oleh itu isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit.  
3. Namun begitu, Pakatan Rakyat Perak mengambil sikap dan suka menghebahkan kepada umum dimana kami berpendirian bahawa besar kemungkinan keputusan adalah memihak kepada Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah, sehingga telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah rayuan. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak munasabah yang diambil oleh hakim mahkamah rayuan bagi menentukan siapakah MB yang sah menguatkan lagi jangkaan itu.  
4. Selain itu sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, kenapakah ianya tidak diumumkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan. Satu persoalan yang pada pandangan kami menyebabkan wajar timbul isu dan cakap-cakap yang mengatakan keputusan memihak kepada Ds. Nizar.  
5. Kerana itu saya menyeru kepada seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di Perak supaya terus mempertingkatkan usaha untuk menyusun seluruh kekuatan melalui semua jentera di semua Parti PAS, DAP dan PKR serta pada gabungan sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak.  
6. Segala langkah yang perlu bagi memastikan semua calon Pakatan Rakyat yang bertanding menang adalah keutamaan yang mesti didahulukan. Seterusnya merialisasikan hasrat Parti dan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat kembali memegang tampuk pemerintahan di Negeri Perak yang kita cintai.  Kenyataan Media 14hb Januari, 2010 

YB.Drs. Khalil Idham Lim 
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

6 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

Kalau Nizar kalah, kenyataan media akan memberitahu, Mahkamah Tak adil...

kena ingat, kalau sultan perak tak setuju untuk membubarkan DUN, pilihan raya tidak akan berlaku. Lu pikir sendiri, kuasa di tangan sultan...

Bila anwar Ibrahim nak masuk mahkamah?

pkrpasdap.blogspot.com

Mesra Sokmo said...

Tunggu Monahara & abeMie masuk dulu....haahh

Mat June said...

Jangan dok gaduh2....Kan janji Allah diakhir Zaman...Sistem pemerintahan akan kembali ke SISTEM KHALIFAH...

tero_33 said...

Betul la tu Mat June..nak cerita psl mahkamah ni mmg aku dah mual.Dari hujung hingga ke pangkal,semua tak betul.Tambahan sejak akhir-akhir ni.Dari peguam,pendakwaraya hinggalah ke hakim semua hempeh!

Demokrasi berperlembagaan konon...setakat ni negara masih aman bolihlah diaorang buat sesuka hati..menipu sini,menipu sana,rasuah sini rasuah sana.Tapi bila negara ni dah jadi macam Iraq atau Pakistan,orang-orang inilah yang yang patut dicari dulu.Dengan peguam2,pendakwaraya2 dan hakim2 ni ditangkap dan ditambatkan dipangkal mana2 tiang jambatan.Lepaskan kerengga banyak2.

Tak payah jauhlah...tengok beberapa kes orang saman pegawai tinggi kerajaan diMahkamah Tinggi Civil Kuala Lumpur..kalau satu2 kes tu memehak kepada palaintif,pendakwaraya akan membuat macam2 alasan meminta kes ditangguhkan.Sampai bertahun2!!Last2 bila ada ruang menipu,merasuah atau sebagainya,hakim menolak kes tu.Tak ke naya hambaAllah menunggu pembelaan hampir 10 tahun,tanpa bicara atau dipanggil,hakim terus tolak kes.Terpaksalah hambaAllah tu memfailkan rayuan..proses tu entah berapa puluh tahun pulak tak tau la..

So,aku dah nampak dah perkara ni.Mmg aku setuju dengan pendapat Mat June tu..cuma masanya belum sampai..

tok kasai said...

Kita tunggu pilihanraya ke13 nanti,itu adalah penentu siapakah yang layan memimpin kerajaan perak.rakyat perak akan menentukan nya nanti..Bukan lama lagi pun pilihanraya. sabar menanti.

sliey said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...