SHAH ALAM, 31 Julai: Rakyat tempatan khususnya dari negeri Selangor yang masih menunggu peluang pekerjaan sudah tentu boleh bernafas lega kerana peluang-peluang pekerjaan sudah menunjuk peningkatan di Selangor.Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Halimah Ali, Exco Pembangunan Sumber Manusia Selangor yang dikeluarkan hari ini.
Menurutnya, beberapa syarikat besar yang bakal dibuka juga sedang dalam proses menemuduga bakal pekerja.
"Justeru, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor menyeru kepada semua pekerja yang telah diberhentikan majikan ekoran fenomena kemelesatan ekonomi global dan juga kepada graduan-graduan IPT serta lepasan sekolah tampil ke depan untuk mencari rezeki yang halal untuk menampung keperluan diri dan keluarga mereka.
"Maruah diri mereka sebagai orang mampu berdikari dan berwibawa disisi keluarga dan masyarakat lebih terjamin dengan adanya sumber rezeki yang lebih terjamin daripada sumber yang sah," katanya.
Sehubungan itu, mereka yang berminat diminta melayari aman web Kerajaan Negeri Selangor selain akan dipaparkan di papan tanda semua PBT dan pusat khidmat masyarakat ADUN dan MP Selangor.










Salor Mol ini dijamin berkualiti dan bermutu bahkan apa yang istimewa ia dibuat sendiri oleh PAK AEP yang merupakan perintis kepada SRI Organik di Indonesia.























