Wednesday, March 26, 2008

Idris, Rosol dan Din Adam ditarik gelaran datuk

KUALA TERENGGANU, 26 Mac: Tiga pemimpin Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Rosol Wahid dan Datuk Din Adam telah ditarik balik gelaran mereka oleh istana Terengganu.

Menurut sumber yang rapat dengan istana, penarikan gelaran ketiga-tiag mereka itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam pada itu, Datuk Muhamad Awang Tera (Chukai) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Terengganu, satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Sebuah NGO, Majlis Pemesyuaratan Rakyat Terengganu (Mampat) dan beberapa NGO lagi akan menganjurkan solat hajat di masjid Terapung, Kuala Ibai malam esok untuk memohon kepada Allah untuk keselamatan baginda Sultan Terengganu dan anakanda baginda yang menjadi Pemangku Raja.

Ia akan diadakan bermula sembahyang Isya secara berjamaah di masjid berkenaan dan bakal diimami oleh Iman Masjid Negara, Sheikh Ismail Al Hafiz.

27 comments:

  1. Kami turut doakan kesejahteraan Baginda berdua.
    Pada yang ditarik balik gelaran Dato' tu bawak bawaklah sedar diri.UMNO dan BN ni baru aja..sedangkan sistem beraja telah beratus ujud.Cuma tocang mereka aja tak naik dan kadok kadok mereka tak pula naik junjung...
    Kuatnya melayu kerana Raja.
    Lu PKlah sendiri!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Apa kata kalau di gantikan dengan Natang?

    ReplyDelete
  3. Ya Rabb....Rahmatilah,Berkatilah dan Lindungilah Raja kami.Beri lah Banginda kekuatan dan petunjukmu dalam menjalankan perintah mu terhadap golongan golongan mungkar dan zalim ini.......Kebawah Duli Yang Dipertuan Agong kami tetap berdiri bersama Tuanku dalam menegakkan amanah ALLAH swt ini.....Insyallah...ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR....ALLAHU AKBAR..

    ReplyDelete
  4. padan muka! elok saja di buang negeri

    ReplyDelete
  5. molek benar cadangan alhusseyn tu

    nanti lepas ni akan jadi
    Natang Seri Idris Jusoh
    Natang Rosol Wahid
    Natang Din Adam

    Daulat Tuanku..

    Tapi rasanya lagi HOT kalu Natang Seri Idris Jusoh tunjuk kesamsengannya dengan menabalkan Sultan lain macam yang Natang Annuar Musa buat dulu..

    ReplyDelete
  6. Siasah.. berita betul ke?.. Bila kebenaran terbongkar nanti, lebih elok dipanggil SESATdaily

    ReplyDelete
  7. Elok lah tu.. Sepatutnya kena buang negeri ke Pulau Bidong sana tu puok-puok nih... kurang ajor sangat.. Ingat negeri Teganu nih bapok dia orang yang punye.

    Lepas nih, kita tengok next drama. Pelik al-ajaib. Kesemua 22 Adun yg beria2 menentang Ahmad Said tiba-tiba sebulat suara menyokongnya. Tak pelik, pasal itu memang budaya mereka.

    ReplyDelete
  8. Allahu Akbar!!.. buang daerah aje... dan BEKUKAN semua asset mereka... baru padan muka mereka... Inilah akibat makan wang ihsan rakyat.....

    ReplyDelete
  9. Walau apa pun kebenaranya, sememangnya puak-puak ni tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Janganlah dengan ucapan ampun dan maaf selesaikan penderhakaan yang paling ketara abad ini di Malaysia. Rakyat juga perlu fikir.. kenapalah mereka ni nak sangat kat Idris Jusoh ni sampai menderhaka kepada Tuanku yang begitu tulus pekertinya. Mesti ada apa-apa ni... tak nampak lagi ke wahai rakyat Malaysia....terutama sekali Melayu Ameno dan Be End...tak tah nak cakap la aku macam mana lagi nak bagi tahu kat puak ni...

    ReplyDelete
  10. Aku ni memang orang UMNO. Tapi sejak kes ni malu nak mengaku sbg orang UMNO dah. Bodoh bengong betul diorang ni. Raja nak dilawan. Bagi aku mmg patut sangat2 la gelaran tu ditarik balik. Bukan tu saja, yang sepatutnya semua pingat yg diorang dapat pun tarik balik. Termasuklah PJK. Baru padan muka diorang. Yang paling penting Pak Lah... letaklah jawatan.

    ReplyDelete
  11. Allah Ya Karim! Lindungilah Tuanku Al-Mizan sekeluarga & diberi seluas kelapangan dlm segala urusan Baginda dgn penuh keberkatan. Yg si Pak Kaduk2 naik junjung, junjung dah jatuh ... camna citer, berundurlah & taubatlah sebelum tanduk tu makin tinggi timbulkat kepala dan menusuk perut sendiri!

    ReplyDelete
  12. Istana Terengganu ada keluarkan kenyataan tak??or cuma khabar angin je???inginkan kepastian....

    sangpemantau.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Elok sangat la tu. Dah banyak sangat kemusnahan yang dibuat oleh 3 ekor natang tu di Terengganu. Baginda Sultan lebih memahami situasi terkini dan tindakan yang diambil Baginda amat bijak demi kebaikan rakyat Terengganu

    ReplyDelete
  14. Ya Allah, hanya pada MU kami memohon. Pelihara dan berkatilah Al-Sultan dan Raja-Raja kami yang berada di landasan yang benar.

    Engkau laknatkanlah mereka yang telah menggadaikan maruah dan agama demi kepentingan peribadi sendiri.

    ReplyDelete
  15. DAULAT TUANKU.

    Menjunjung Kasih Duli Tuanku. Terima Kasih kerana keperihatinan terhadap kami rakyat Terengganu.

    Patik sangat bersetuju dengan Tuanku untuk tidak melantik semula Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Idris Jusoh adalah pengkhianat bukan sahaja kepada rakyat Terengganu malah pengkhianat kepada Kebawah Duli Tuanku. Wajar sahaja dihukum bunuh.

    Walaupun Ahmad Said bukanlah satu pilihan yang terbaik tetapi buat masa sekarang hanya dia yang lebih baik dari Idris Jusoh.

    Mungkin pada masa hadapan Rakyat Terengganu akan sekali lagi memilih PAS untuk menerajui Terengganu.

    DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

    ReplyDelete
  16. saya sokong..
    x nk ulas..
    member semua dh ulas panjang lebar
    deris derhaka

    ReplyDelete
  17. Biar betul cerita ni. Ni bukan main2 punya cita - ini melibatkan sultan tau.

    Din Adam dah nafi Datuk dia di tarik pun. Pi tengok Malaysiakini

    http://www1.malaysiakini.com/news/80527

    Macam Sunnyneh kata - kalau kebenaran terbongkar - eloklah nama blog ni ditukar

    SESATSIASAH DAILY..

    ReplyDelete
  18. Nampaknya dah sesat.. 3 hari tak update pun?. itulah lainkali checklah kesahihan berita dulu.. don't simply spread and give blogging a bad name

    ReplyDelete
  19. isu-isu berita seperti ini mesti ada kesahihan sebelum di sebarkan kepada semua. sebab la ni rakyat malaysia depends on the blog and newspaper. so kalau blog pon cite tak betui takut nanti jadi macam newspaper pulak.

    for me. kalau sikap greedy idris and team memang patut di tarik balik gelaran and also dibuang negeri. buat apa dok lagi kat ganu kalau sultan sendiri pon kita tak hormat. pi la negeri lain kot kot melaka yang bagi gelaran kat jeanne boleh terima orang "ganu" kita tu.

    ReplyDelete
  20. Kuasa Mu ya Rabb.

    Aku menangis
    mengintai kekuasaan Mu
    Berendam air mata
    mengucup kalimah-kalimah Mu
    Aku dakap seroja subuh
    yang menikam kalbu
    lalu setitis air menitis
    di telapak ini
    menjadi geliga embun
    sejernih mutiara

    Sepintal tasbih
    berkilauan adanya
    lalu ku lihat mimbar langit
    turun cahaya
    Para solehin riang wajahnya
    Syurga menanti pada mereka
    yang taat setia.

    Aku pohon pada Mu
    yang Esa tetapkan iman
    dan dipelihara senantiasa
    Jika nafas ku terhenti selamanya
    Tempatkan aku
    disisi kekasih-kekasihMu
    Jauhkan aku
    dari siksa
    neraka.

    SELAMATKAN BAGINDA TUANKU MIZAN
    SELAMATKAN SELURUH UMAT ISLAM...

    amin...

    curasimanjakini.esasterawan.net

    ReplyDelete
  21. Sewajar geleran datuk daripada tiga pemimpin UMNO/BN tersebut ditarik balik kerana 'derhaka' mereka kepada Sultan Trengganu.Malahan kalau Abdullah Badawi dan Patil Gani ada menerima kurnia bintang daripada Sultan Trengganu, geleran datuk (atau apa juga bintang kebesaran negeri) yang telah dianugerahkan kepada mereka wajar ditarik semula berkuatkuasa serta merta.

    Ketiga pemimpin ini telah berlebih-lebih menghina dan tidak menunjukkan taat setia kepada Sultan Trengganu, dan tentunya arahan tersebut datang daripada Puterajaya. Mereka bertiga ini tidak wajar diberikan pengampunan daripada Sultan Trengganu.

    Ini suatu pengajaran kepada sesiapa juga, dan sewajarnya Raja Perlis mengambil tindakan yang sama kepada Sharidan Kasim yang menghina dan tidak tunjukkan taatsetia kepada Raja Perlis.

    ReplyDelete
  22. Booo Idris!
    aku mmg beci lame doh dekat mung!
    padang muke.!!

    ReplyDelete
  23. kalu betul okla...baru raja kita ada kreadibeliti..ni kan mcm malaysia ni umno je yang punya segala harta-harta rakyat milik umno...patut tukarla umno tu dah lama memerintah negara...sejarah parti kalu dah lama perintah negara macam-macam harta negara di rembat mereka...umno dah tak wajar ada lagi kat malaysia...
    www.paceroh.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. Sampai sekarang ni gelaran dato masih ada pada 3 badigol tersebut. Ni berita betul ke berita tipu? Siasah ke soseh soseh? Kalau setakat khabar angin tak payah la tulis. Buang masa je kitorang nak baca.

    ReplyDelete
  25. Adusssss..penat jer baca. Berita tak confirm pong!!
    Harap Siasah lebih teliti sebab kami guna maklumat di sini untuk berbual dengan kenkawan... udah kami pulak dilabel penyebar berita palsu!

    ReplyDelete